Assalamualaikum,
Akhirnya jadi juga saya ke UKM hampir jam 3.30 petang saya sampai di kolej. Selepas selesai menulis surat dan beri kepada PA Pengetua, saya je JPPel pula untuk mengambil surat kelulusan. Terdengar pula azan berkumandang di masjid. Saya tak nak menangguhkan solat. Nanti terkejar-kejar. Saya singgah dahulu. Baru sahaja melangkah masuk ke bilik solat wanita, imam melaungkan azan sekali lagi menandakan solat jemaah bermula. Saya jadi serba salah. Nak berjemaah atau solat sendirian memandangkan saya sudah agak lewat untuk ke Putrajaya. Apatah lagi pafda jam 5petang sudah tentu sesak kerana orang bekerja keluar balik rumah. Tetapi suara imam itu amat kuat mempengaruhi saya, maka saya ikutkan hati. Dalam hati berkata," Bukan selalu dapat berjemaah di dalam masjid sini walaupun dah setahun belajar di sini..." Betapa peluang yang baik saya tak suka dan sukar nak tolak..
Masjid Universiti di UKM, Bangi Sumber : Google |
Lepas selesai solat, saya masih boleh berlenggang-lenggang menuju keluar ke kereta. Alamak! Dah sesak! Banyak betul kereta! Hmmm.. lumrahlah setiap apa yang diinginkan pasti akan ada yang terpaksa dilepaskan. Saya melepaskan waktu keemasan untuk keluar awal ke Putrajaya dengan menggunakannya untuk bersolat jemaah di dalam masjid. Terkenang tahun lepas, suatu peristiwa saya berbuka puasa di masjid dan balik jalan kaki selepas selesai terawikh sorang2 pada waktu malam gelap gelita. Hanya Allah sahaja yang tahu. Betapa saya ini sangat teruja dan obses dengan masjid!
Sekali saya berkesempatan berkunjung ke pasar Putrajaya Presint 2.. Tapi disebabkan sampai lewat, saya tak dapat nak luangkan lebih masa untuk jalan2.. hanya beli makanan kuih muih sikit dan air minuman. Keinginan untuk melihat fesyen2 tudung, kain2 baju.. hmmm nampaknya padam begitu sahaja memandangkan ramainya orang di pasar. Sempat juga jumpa orang ofis, Pn. Aisyah dan anaknya. Saya sempat tegur dan kami berborak...
Melihat kepada keadaan, situasi dan kelakuan penduduk di sini, pada pandangan saya tempat ini memang sesuai untuk orang muda yang ingin membina keluarga dgn suasana yang harmoni, pekerjaaan relaks dan kemudahan2 umum yang pelbagai.. hehe..
Hari ini berbuka dengan nasi ayam, kakak si dia masak. Sedap rasanya! hehe.. Malamnya, saya pergi ke masjid Al-Mizan atau orang sebutnya masjid besi... Ni dah kali kedua, saya terawikh di sini sejak pertama kali pada puasa tahun lepas. Alhamdullilah.. Tapi yang kurang seronoknya, saya agak terganggu dengan keriuhan dan keriangan anak-anak kecil..hmm memang di mana-mana masjid pun, di mana ada kanak-kanak yang tanpa pengawasan ibu bapa, mesti akan menjadikan tempat itu tempat permainan mereka. Hmm..
Masjid Mizan Zainal Abidin, Putrajaya Diambil tahun 2010 |
Selesai solat, saya mengambil masa yang agak lama sebab tersesat jalan mencari di mana selipar saya letak.. Huhhh.. tempat besar dan luaslah katakan.. Saya cuba mengingatkan semula yang saya mula-mula masuk mengikut jalan yang ada 'escalator' huhhh canggih, macam pusat membeli belah. Kelihatan ramai juga anak-anak muda tak mensia-siakan peluang dengan mengambil gambar masjid dari pelbagai sisi. Hmm teringat saya. Rugi pulak tak ambil gambar. Tapi takkan saya nak bawa kamera/ hanphone masa nak pergi beribadah.. Arghh.. malas2..
Akhirnya, masa2 dan saat2 yang ditunggu2 tiba2 dah dimaklumkan. Si dia dimaklumkan oleh kawannya bahawa dia ditempatkan ke Kelantan. Luhur hatinya mendengar keputusan itu. Tetapi hati saya redha. Saya dah tekad menerima keputusan di mana sahaja dia berada. Namun, saya tahu si dia runsing dan sgt bimbang krn berpendapat bahawa penempatannya adalah menjadi penetu kepada hubungan kami. Ternyata penempatan itu meberi jawapan bahawa hubungan ini 'THE END'..begitu juga dari pihak ibu bapa saya. Saya tahu.. Namun, saya tak nak berputus asa. Saya tetap dengan pendirian saya....
DOA HARI KE-5
Ya Allah! Jadikanlah aku diantara orang-orang yang memohon ampunan, dan jadikanlah aku sebagai hamba-MU yang sholeh dan setia serta jadikanlah aku diantara Auliya'- MU yang dekat disisi-MU, dengan kelembutan-MU, Wahai dzat Yang Maha Pengasih di antara semua pengasih.
No comments:
Post a Comment