Hari ini pada waktu tengahari, saya pergi ke My Mydin dengan mak dan kakak. Buat peratam kalinya memandu kereta kakak Toyota Vios, merasa juga lah naik kereta toyota.. hehe.. Saya ke sana sebab nak survey harga barang-barang alat tulis dan makanan untuk program Anak Yatim dan Warga Tua. My Mydin di sini bersaiz kecil jadi tak banyak barang yang saya nak. Kebetulan atasnya, ada kedai butik pakaian jubah. Saya teruja juga nak naik atas nak tengok, tetapi kakak pula beriya-iya tak nak. Mak cakap kakak segan nak naik atas sebab jubah yang dipakainya sekarang adalah yang dibelinya di situ. Patut lah... hehe
Lepas balik dan solat zuhur, saya terus kembali membuat kerja berkaitan program terutamanya belanjawan.. huhh banyak juga nak beli ... sehingga sedar- tak sedar dah jam 6 petang. Alamak, solat asar! Kemudian sambung kerja semula sehingga jam 7 malam. Mak kelihatan agak kelam kabut nak menyiapkan kuah lontong.. sian pula saya tengok mak. Kakak pula mana pergi? Hmm tau sangat.. sibuk berdakwah dalam bilik melalui internet sampai keluarga apatah mak sendiri pun tak nak jengok dan menolong... cakap hal orang , kadang-kadang saya pun sama... Itulah kelemahan manusia, kadang-kadang benda kecil dan penting kita kurang kesedaran dan tak ambil kisah..
Saya lihat mak pula macam tak 'berani' nak minta saya tolong macam sebelumnya sejak SMS yang diberinya. Dalam lubuk hati saya, saya tak makan hati langsung. Perasaan itu mudah sahaja dapat saya lupakan apatah lagi ia dari ibu saya sendiri. Saya tak salahkan mak.. Saya pun terus tolong mak perah kelapa dan kerja-kerja memasukkan nasi impit ke dalam mangkuk dan air cincau ke dalam cawan. Hari ini kami makan nasi impit rendang. Kurang sikit rasanya sebab mak guna perencah yang dibeli kakak. Tapi alhamdullilah, dapat juga makan makanan yangsedap berbanding beli di pasar apatah lagi bulan puasa. Macam-macam rasa.
Selepas selesai jemaah solat Maghrib dengan abah, saya siap-siap nak ke masjid Saujana Utama dengan kakak. Di kawasan perumahan Sri Pristana ini ada juga masjid, tapi kakak tak berapa jelas dengan jalannnya. Uniknya solat di masjid Saujana Utama ini ialah, selesai sahaja rakaat keempat terawikh, ada slot ceramah selama setengah jam. Mata kami terkebil-kebil. Sebabnya , kami tak berapa dengar kerana kualiti bunyi mikrofon yang kurang jelas. Mungkin juga kesan suara terpantul semula dan kedengaran bergema. Selepas selesai solat terawikh kelapan dan witir , kami menjamu makanan di situ. Hehe.. kakak yang tak nak berebut sangat dengan orang akhirnya menjadi orang terakhir untuk dapatkan makanan. Kami makan kuew tiew tomyam dengan minum air sirap.
Kami juga sempat berborak pasal hal-hal kanak-kanak bising di masjid ketika jemaah bersolat.. Teringat pula saya dengan teguran imam di masjid Kayu Ara tempoh hari, yang sempat saya pergi sekali sahaja pada hari ketiga puasa dengan abah. Beliau menegur sesetengah kaum hawa yang tidak menutup aurat sepenuhnya ketika masuk ke masjid dan kebisingan suara anak-anak yang dibawa. Semasa saya hendak ke masjid dengan abah, saya dapat lihat seorang perempuan (warga asing) berbaju kurung membonceng naik dengan seorang lelaki (Allah je tahu suaminya atau bukan) hanya mengenakan seledeng 'sempang'. Terkejut saya lihat rupanya mereka ke masjid apabila sampai di sana. Kelihatan mereka tersengih-sengih antara satu sama lain.. Apa kejadahnya?
Gambar Hiasan |
Menurut imam tersebut, dengan remaja2 perempuan - apakah dengan niat datang ke masjid untuk bersolat tapi tak juga menutup aurat, ia dikatakan baik? untuk para wanita dan isteri pula - apakah dengan niat datang ke masjid untuk solat dan menutup aurat tetapi membawa anak-anak yang akhirnya menimbulkan kekacauan dan mengganggu keselesaan jemaah untuk bersolat , adalah baik? Akhirnya beliau mencadangkan, mereka tak perlu datang ke masjid dan solat sendirian sahaja di rumah kerana ternyata menyebabkan para lelaki yang datang ke masjid terpaksa 'menjamu' mata melihat aurat dan terganggu dengan suara bising kanak-kanak, begitu juga untuk jemaah kaum hawa yang lain. Saya sememangnya sangat bersetuju..
Hakikatnya itulah manusia. Niat mungkin baik tapi jika kesan perbuatannya menyebabkan orang lain 'terpaksa' menanggung kesan tidak baik pula, semestinya ia adalah tidak baik dan boleh disalah anggap bahawa mereka ini adalah orang yang mementingkan diri sendiri sahaja. Pada perspektif lain juga, tidakkah akhirnya mereka juga terganggu kerana 'terpaksa' menjalankan dua tugas. Nak bersolat ke nak mengawasi anak-anak? jadi, kesimpulannya, maaf sebut, lebih elok solat di rumah sahaja. Ini bukan pendapat secara individu memandangkan saya masih bujang dan belum melaluinya lagi, namun saya juga adalah 'mangsa' dari keadaan tersebut dan semestinya 'mangsa' lebih memahami. Saya yang juga sangat obses dengan masjid, 'terpaksa' mengurangkan obses saya kerana baru-baru ini saya diberitahu oleh si dia bahawa sebenarnya kaum hawa ini tidak digalakkan ke masjid... mula-mula dengar rasa sedih dan saya menerima. Melihat kepada kesan keadaan sekarang, baru saya betul-betul faham dan menyetujui kata-kata si dia..
Saya mempunyai impian yang tinggi iaitu melawat dan bersolat di seluruh masjid di dunia.. Mampukah saya? Hanya Kuasa Allah yang menentukan.. |
Semoga kaum hawa dapat mengambil ikhtibar dan memperbaiki diri kerana puasa sepatutnya menambahkan ganjaran pahala dan kebaikan tapi jika silap langkah si sebalik niat yang baik boleh membawa dosa dan kesan yang tidak baik..
DOA PUASA HARI KE-7
Ya Allah! Bantulah aku untuk melaksanakan puasanya, dan ibadah malamnya. Jauhkanlah aku dari kelalaian dan dosa-dosanya. Dan berikanlah aku zikir berupa zikir mengingat-MU secara berkesinambungan, dengan Taufiq- MU, Wahai Pemberi Petunjuk orang-orang yang sesat.
Selepas balik dari masjid, saya seperti mempunyai nekad dan semangat yang baru. Entah kenapa kebetulan jemaah hari ini tak ramai dan hikmahnya menjadikan suasana di masjid agak tenang dan amat selesa. Saya rasa gembira. Happy! Doa ini sangat sama dengan keadaan saya pada malam ini. Menakjubkan. Amin...
No comments:
Post a Comment