Tuesday, 28 May 2013

Program di Rumah Warga Tua Al-Ikhlas

25 September 2011 (Ahad)

Salam semua ^_^

Ni pula program sehari selepas program anak yatim, Meriahnya Raya Bersama Anak Yatim! di Banting.
Fuhh agak letih jugak dgn. program anak yatim krn. mereka semua lasak2...cuma aktiviti di rumah orang tua kurang sikit memandangkan responden adalah warga tua jadinya aktiviti ringan sahaja dilakukan seperti membersihkan kawasan halaman, melipat kain, berborak dan makan tengahari bersama mereka.

Berikut adalah maklumat program ni:

Nama Program : Meniti Kasih, Menyemai Sayang 2011
Tempat : Rumah Orang Tua Al-Ikhlas, Kg. Pulau Meranti, Puchong, Selangor.
Tarikh : 25 September 2011 (Ahad)
Anjuran/Tajaan : Inisitif saya dan rakan-rakan. Tiada tajaan melainkan sumbangan masyarakat sekitar.
Ahli Jawatankuasa Program : 15 orang

Gambar-gambar aktiviti di sepanjang program...

Antara warga tua yang ditempatkan
Kedatangan Penyelia Program, Prof. Madya Dr. Md Zyadi Bin Md Tahir ~ pensyarah kesayangan ^_^

Prof. datang bersama isteri tercinta ^_^
Puan Miji, tuan rumah ini memberi sedikit penerangan tentang latar belakang rumah ni
Dimana-mana ada jugak kucing nak join ..hehe

Kusyuk dengar...

Kucing ni pun turut dengar.. sampai tertido?? err
Aktiviti suai kenal dengan warga tua...







Lunch time! Makanan dikeluarkan dari kereta saya...

Tiqa dan Pija

Kemudian, kami menemani mereka makan sambil berborak-borak. Ada AJK kelihatan menitiskan air mata melihat keadaan mereka serta cerita mereka ditinggalkan di situ.. >_<

Aktiviti terakhir, melipat kain dan membuat ketupat hiasan...








Sebenarnya tak banyak aktiviti dapat dilakukan seperti mana di dalam tentatif program kerana pagi tu ada warga tua baru meninggal dunia. Jadinya suasana situ seakan hambar jadi kami tak nak terlalu agresif nak buat macam2..sekadar apa yang mampu dan diminta.. Yang penting dapat bersuai kenal dgn. warga tua dan menemani mereka walaupun seketika..

Thank You for reading! ^_^

No comments:

Post a Comment