Saturday, 6 August 2011

Salam 6 Ramadhan - Putrajaya, Petaling Jaya, Klang & Sg. Buloh

Assalamualaikum,

Bangun je dari tidur pagi ni , alhamdullilah. Terasa kesakitan dan kepiluan hati ni membaca SMS mak  yang berbaur penghinaan ,diterima masa sahur jam 5 pagi tadi , tiba-tiba hilang. Hati saya tak lagi 'bengkak'. Mak tak dapat menerima saya tidur di rumah orang dan menggelar saya 'cheap'.... Maka, jadilah dalam sejarah atau mcm nama rancangan TV1, "Hari Ini Dalam Sejarah", saya menerima SMS semacam itu dari seorang ibu. Mungkin juga saya akan ingat sampai saya mati. Bukan dendam tetapi sebagai 'kenangan' pahit/ paling pahit dalam hidup saya..

Mak tak setuju saya tidur di rumah kakak si dia kerana ingin menemani mereka ke Port Dickson. Menghantar si dia ke tempat latihan dan seterusnya bertugas di tempat yang telah ditetapkan. Salah saya juga kerana tak berapa berterus terang. Saya tahu kalau berterus terang, mak akan membantah! Tapi jika saya tak pergi, si dia akan cakap lain pula! Saya jadi serba salah! Akhirnya, si dia yg mengetahui cerita sebenar, hanya terdiam dan pasrah. Baru dia tahu betapa hal ini serius.. Saya juga tak mahu salahkan dia, saya tak nak salahkan sesiapa. Dalam hal ini, saya yang membuat keputusan. Maka, sayalah yang menanggungnya. sayalah yang bersalah. Kesalahan pertama saya di bulan Puasa! "Ya Allah, kenapa aku ini buta dalam membuat pertimbangan?!" dalam hal ini, hati saya, mak dan si dia 'bengkak'! Manusia kerap buat kesilapan.,. bukankah apa sahaja perkara yang dilakukan jika bukan berlandaskan ke jalan Allah akan menjadi sesuatu yang sia-sia? Betapa saya mensia-siakan puasa saya pada hari ini... 

Bercakap pasal penempatan, nampak gayanya memang lama lah saya akan berjauhan lagi dengan si dia. Dia ditempatkan di Kelantan! Kami tak habis2 bercakap pasal perkara ini dan masa depan.. huhh.. Saya juga  berusaha sedaya upaya memberi semangat dan motivasi kepada si dia.. Dia nampak seperti patah semangat kerana tempatnya yang agak jauh dari Perak dan KL. Paling penting, dia agak sukar menerima bahawa dia semakin jauh dari saya! Baru betul2 skrg saya sedar bahawa si dia memang teramat sayangkan saya, perlukan saya. Dia berkata sayalah inspirasinya. sayalah destinasi hidupnya... pada redupan matanya, ada kebenaran. Namun saya sahaja yang selalu memandang bawah. saya rasa malu dan segan. Saya juga rasa terharu betapa saya pada kali ini betul2 disayangi dan diperlukan oleh seseorang lelaki. Namun dalam sedih2, dia masih mampu tersenyum dan ketawa..  "Wahai kekasih ku, usahlah cintaku kau dambakan. Hakikatnya, tiada apa yang mampu ku lakukan untuk mu, kerana kedaifan keadaan ku ketika ini. Ingatlah Allah. cintailah Allah. Kerana Dia memang sentiasa menemanimu di mana sahaja...Aku hanyalah hambaNya yang daif.. Aku hanyalah manusia yang tidak mempunyai apa-apa...Apalah sangat yang mampu kulakukan untuk mu" kalau lah boleh si dia mendengar.... saya memandangnya namun hanya hati ini sahaja yang berkata-kata.

Saya pulang dari Putrajaya dan sampai di rumah di Petaling Jaya pada jam 11.30 pg. mak abah takde di rumah. Mereka ke klinik dan pasar raya. SMS pada waktu sahur td mengingatkan saya semula dan saya kembali tiada mood untuk bercakap. Macam biasa, mak tegur dengan saya mcm takde apa-apa yg berlaku. Manakala saya hanya banyak mengangguk dan jawab "ya". Puas saya nak pikir dan pujuk diri, kenapakah benda2 macam ini membuat saya dan mak bermusuh? Benda kecil je! Arghh.. malas nk pikir!

Lepas asar, kami ke Meru, Klang. Mak nak ambik duit sewa rumah di sana. Di dalam perjalanan kami harus mengharungi Pasar Meru yang ada pada setiap hari Ahad petang. namun disebabkan bulan puasa ni, dan bertukar menjadi bazar Ramadhan yang paling sibuk dan meriah saya pernah tengok! Gerai2 makanan dan minuman berada di tepi2 jalan.. orang2 yg berkunjung beli juga berada di tepi jalan. Maka, jalan raya memang sesak! nasib baik ada pihak yang mengawal laluan jalan raya itu. Sempat jugalah saya menoleh kiri kanan makanan, minuman yang dijual.. Huhhh dasyat2 .. hebat sungguh perniagaan orang Melayu.. yang mungkin nampak/hanya di Bulan Puasa.. Yeke? Hmm.. 

Dah selesai dari Meru kami ke Sg. Buloh, tempat tinggal kakak sulung saya. Huhhhh.. entah berapa jam saya memandu kereta hari ini. Inilah aktiviti wajib saya hujung minggu.. sampai naik muak. Kadang2 benda mcm ni buat saya dan mak bergaduh.. Mak cakap seolah-olah ini aktiviti wajib. mak perlu datang ke sana krn nanti kakak merajuk! Alahai.. saya dah penat pikir dan melayan benda2 remeh mcm ni maka saya ikutkan sahaja. 

Sampai di rumah kakak, di luar pintu menyambut kami. Tersenyum gembira, huhh.. rupa-rupanya kakak memakai baju jubah. cehh dah beli dulu. Hari tu dia telefon saya cakap nak temankannya beli jubah. Tak sabar2,suruh datang. saya cadangkan dia beli di kedai pakaian di Saujana Utama , tak jauh dari Pristana. Akhirnya dia beli disitu.. Alhamdullilah dapat beli jugak. Tuhan Maha Mengabulkan.

Buat pertama kali, kami sekeluarga , 5 orang dan abg ipar saya makan bersama. Kakak kedua dan suami yang tinggal di Puncak Perdana datang untuk berbuka bersama. Alhamdullilah kami berbuka dalam keadaan aman.. tujuan saya datang rumah kakak juga sebab dia sudah banyak kali telefon mengajak saya bersolat terawikh dengannya di masjid. tak sabar2 menunggu ketibaan saya! Namun, apakan daya, dia keletihan pada hari ini setelah berbuka dan membatalkannya. Hmmm saya dah biasa orang batal2 last minit ni.. Kami merancang untuk pergi ke esok hari.. harap2 jadi. Hmm belum sempat nampaknya saya nak menjejak kaki ke masjid sini....


DOA HARI KE-6
Ya Allah! Janganlah Engkau hinakan aku kerana perbuatan maksiat terhadap-MU, dan janganlah Engkau pukul aku dengan balasan-MU. Jauhkanlah aku dari hal-hal yang dapat menyebabkan kemurkaan-MU, dengan anugerah dan bantuan-MU, Wahai puncak keinginan orang-orang yang berkeinginan!

Membaca doa puasa pada hari ini, membuat saya bertambah sedih dan sayu... seolah-olah sangat mengena dengan keadaan saya pada hari ini. Jika mak hina saya, saya boleh terima tetapi Tuhan, janganlah menghina saya.. kerana saya tahu kesan penghinaan itu adalah dengan seksaanNya.. 
"Oh Tuhan ,  Maafkan lah dosa-dosa ku terhadap ibuku apatah lagi dosa-dosaku terhadapMu...!!! kerana tak termampu aku menanggungnya.."


No comments:

Post a Comment