Assalamualaikum ,
Cepat pula rasanya sudah hari kelima berpuasa. Beberapa hari agak sibuk dengan blog saya yang lagi satu. Saya sibuk memuatkan beberapa artikel yang saya perlu menaipnya semula. Alhamdullilah saya terjumpa artikel itu iaitu artikel di zaman sekolah menengah sewaktu mengemas bilik di rumah kakak!! Bayangkan artikel tu saya sempat fotostat pada tahun 2002 kerana ingin mengedarkannya kepada kawan2 sewaktu saya memegang jawatan Pengerusi Puteri Islam. hehhhhh. Hingga tahun ini, 2011, sy menemuinya semula! Alhamdullilah semuanya atas ketentuan Tuhan yang telah mengaturkannya. Saya juga bersyukur kerana tergerak hati untuk fotostat artikel tersebut dari majalah itu kerana dengan takdirNya ayah saya telah terbuang majalah itu sewaktu almari bilik saya dipenuhi dengan anai-anai.... memang sedih.. Majalah itu ialah Majalah Ana yang dibeli sekitar tahun 2000-2001.. saya tak berapa ingat. tetapi cover majalah masih segar dalam ingatan saya, wajah lukisan wanita muslimah yang sangat cantik dengan matanya yang bulat.. saya perasan ia dikeluarkan beberapa edisi sahaja mungkin 2 atau 3 kali selepas itu saya sukar mendapatkannya di kedai majalah yang saya biasa kunjungi. sama ada tak dijual disitu lagi atau sudah habis edisinya.. Allah sahaja yang tahu.
Mengikut agenda hari ini, saya harus ke UKM, Bangi untuk mendapatkan surat kelulusan baru program anak yatim dan warga tua pada september ini. Hal ini banyak merunsingkan saya. Dugaan-dugaan.. dah lah susah nak dapat penaja untuk program ini , satu persatu kawan-kawan seperjuangan ingin mengundurkan diri... Allah sahajalh yang tahu betapa pilu hati ini untuk memikul dan menanggungnya semua... Hmmm... saya percaya setiap apa yang ingin dilakukan mestilah ada pengorbanan. Setiap orang yang inginkan perkara itu menjadi suatu kejayaan, mestilah berkorban. Mengatakannya amat mudah tetapi melakukan dan mengharunginya sangat susah.. dan saya melaluinya ketika ini.
Selain itu, ada urusan lain juga. Saya sebagai Setiausaha JAKSA kolej , saya harus menyediakan surat jemputan ceramah kepada Pengarah Pusat Akeditasi Kokurikulum (PAK) lebih awal untuk tempahan... Tapi kawan saya membatalkan perjumpaan. Jadi agak lewat selepas zuhur saya rasa baru nak pergilah di samping saya ingin bertemu .... ermmm.. kekasih hati yang akan ke Port Dickson semula pada hari esok, Sabtu kerana hari Ahadnya, dia akan dimaklumkan tentang penempatannnya nanti sebagai anggota 'berkhidmat kepada negara'..
Bercerita tentang kekasih hati... entah berapa kalilah hati ni patah dengan CINTA.. (cinta?)
Sebenarnya beberapa hari sejak tarikh 27 Julai 2011 (Rabu) bersamaan 27 Syaaban, selepas saya pulang ke rumah dari menghadiri Perkampungan Pemudah Cara di kolej, tiba-tiba mak memberitahu tentang pendirian dan 'keputusan' abah yang seolah-olah masih tidak dapat menerima si dia.
Sebaik sahaja saya mendengarnya....... hati saya....
Bermula dari itu, perasaan saya jadi sebak. Tak keruan. Pilu. Kecewa. Sedih. Marah.Putus asa.....
Pelbagai punca-punca dan penyebab serta kesan yang harus saya tanggung tak berhenti bermain di fikiran..
saya berasa apa yang dilakukan selama ini , adalah sesuatu yang sia-sia... Tapi.. Apakah benar apa yang Allah jadikan itu suatu yang sia-sia?? Pada kefahaman dan pendirian saya bahawa takde apa pun di dunia ini yang Allah jadikan adalah sia-sia...tetapi kenapa ini tiba-tiba berlaku di waktu saya di fasa bahagia? dengan angan-angan dan perancangan yang telah lama dilontarkan iaitu berkeinginan untuk mengikat tali pertunangan dan perkahwinan pada tahun hadapan....Abah memberi alasan saya masih bersekolah. Apakah bersekolah dijadikan alasan? Apakah abah lupa saya ini sudah berumur berapa? Saya menjadi pemarah secara tiba-tiba.. saya mula memberontak. Saya berasa apa yang saya lakukan selama ini adalah di atas suatu hubungan yang sia-sia.. tiada dapat restu ibu bapa.. sedangkan selama ini mereka 'gembira' apabila saya selalu bercerita tentang si dia.. dan akhirnya 'kepuusan' abah tetap sama..saya rasa seperti ditipu...
Perasaan bersangka baik pada Nya sudah mula meragui di dalam hati. Namun saya lihat kenang apa yang saya selalu ingatkan pada orang lain... saya ingatkan semula apa pendirian saya...
Sesungguhnya, berat mata melihat, berat lagi bahu memikul.. Saya cuba memujuk hati... Saya ingin kembali kepadaNya...kerana sememangnya saya tidak mampu 'berjauhan' lari dan 'merajuk' lama denganNya. Saya mengadu kepadaNya.. saya tekad. Saya redha dengan dugaan ini.... Saya berdoa dan mengadu kepada Tuhan supaya Tuhan melembutkan hati ibu bapa saya untuk menerima si dia... Terlalu banyak konflik yang berlaku berlandaskan prinsip dan falsasah masing-masing. Prinsip abah, mak dan saya berbeza.. Saya sudah jadi penat memikir. Siapa yang benar siapa yang silap. Akhirnya, saya hanya mendiamkan diri.. Biarlah saya mengalah. Pada hari pertama puasa, baru saya dapat bersuara dengan ibu. Semalam baru dengan abah. peliknya setelah kami bertengkar, abah dan mak masih melayan saya seperti biasa.. apakah mereka tidak perasan perasaan luka dan terguris saya tatkala kata-kata yang dilontarkan semasa bertengkar? kata-kata berat sebelah dan berbaur penghinaan? Sekali lagi membuat saya bingung dan akhirnya diam...
"Ya Allah , Ya Tuhanku. Ampun nilah dosa kedua ibu bapaku sebagaimana mereka mengasihiku semasa aku kecil" ...doa yang kerap saya ucapkan selepas setiap kali habis solat fardhu.. apakah saya mudah lupa apa yang ucapkan selalu? Ya, saya silap. Sebagai anak saya silap. Tetapi pada fikiran saya setiap anak juga perlu mempunyai peluang untuk memilih pasangan hidupnya. Antara memilih pasangan sendiri dengan pilihan pasangan yang ibu bapa selalu membuat hati saya kembali keliru, serba salah dan sebak...
"Apakah aku harus terima kerana mereka ibu bapaku?", "Apakah jika aku tidak mahu terima, adakah aku ini anak yang tidak mengenang budi?"....begitu banyak ibarat lautan mak dan abah dah korbankan kepada saya.. apatah lagi saya ini anak bongsu. Saya tidak mahu dikatakan tidak mengenang budi.. Jika saya ingkar sekali pun , saya berasa malu pada diri sendiri.. "Apakah kuasa saya sebagai anak, apakah sumbanganku kepada org tua ku, apakah aku ini anak masih tidak tahu mengenang budi apatah lagi lagi mahu mengingkari mereka ?" tatkala teringat kata-kata ini membuat air mata saya tidak berhenti mengalir.... ibarat ikatan antara hamba (saya) dan tuan punya rumah (mak dan abah). Apalah sangat si hamba ini boleh lakukan melainkan mendengar arahan dan mengikutnya.. Begitulah apa yang dapat saya rasakan..
(Sebelum kejadian ini) Ikatan yang sangat rapat dengan menamakan diri kami bertiga sebagai "Wonderpets" , cerita kartun kegemaran abah sewaktu masa lapang, selalu sahaja membuat kami bertiga ketawa terbahak2.. memandangkan hampir setiap minggu kami akan ke rumah kakak2 saya.. kami membantu mereka membuat kerja dan menemani mereka dengan menghabiskan cuti hujung minggu bersama-sama. Saya mencetuskan idea bahawa kami adalah "Wonderpets" kerana 'membantu haiwan di dalam bahaya (kesusahan)" berdasarkan lirik lagunya. Kakak2 saya yang mendengarnya juga tak henti2 ketawa apatah lg abah yg sering menyanyikan semula petikan lagu tersebut dengan nada yang lucu. Tetapi ternyata para setan amat mecemburui hubungan yang sangat rapat antara anak dgn ibu , antara anak dgn bapanya seperti isi dan kulit ini... Para setan kurang senang melihat kami bergembira. Tetapi tersangat suka melihat kami berpecah belah.. Oleh itu, saya tak nak menyalahkan mak abah, kerana pastinya dugaan yang mendatang adalah punca dari bisikan syaitan yang juga telah ditentukan oleh Allah.
Pada saat ini, dengan dugaan ini. Allah menemukan saya dengan Asmaul Husna Nya.. bulan Ramadhan bulan yang mulia. Segala amalan diterima Allah... Itu yang selalu dengar. Maka, saya mengambil peluang keemasan ini untuk mengadu kepada Allah. " Ya Allah, tenangkan hatiku. Bahagiakan lah hati ku. Jika dugaan ini adalah untuk menghapuskan dosa-dosaku yang lalu , maka aku redha menerimanya. Jika dugaan ini adalah untuk Kau mendugaku sejauh mana cinta dan kepercayaanku (iman) kepada Mu , maka aku redha. Jika ini lebih untuk ku , maka aku redha. Aku terima dugaan ini dengan rasa terbuka. Namun aku hanyalah hamba mu yang sangat lemah, maka pimpinlah aku. Berilah aku petunjuk dan jalan penyelesaian. Adakah benar dia terbaik untuk ku. Adakah pilihan mak abah lebih baik? Berilah aku petunjuk. Lembutkanlah hati kedua ibu bapaku supaya mereka dapat menerima si dia dengan redha, jika ia membawa kebaikan kepada ku. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar, Maha Mengasihi, Maha Penyanyang, Maha Mengetahui, Maha Mengabulkan... ".
Alhamdullilah, hati hati mulai tenang kini. Saya juga boleh tersenyum. Entah kenapa hati saya tiba-tiba menjadi girang. Saya gembira Tuhan memberi ujian ini... walaupun saya mampu berkata begini namun air mata tetap ingin mengalir.. saya masih mencari di sebalik hikmah Tuhan.. Dalam mencari, membuat saya semakin rasa dekat dengan Tuhan... dan saya akan terus mencari.....
No comments:
Post a Comment