Assalamualaikum,
Pagi ni saya ke Bank Islam cawangan Seksyen 14, PJ sekali lagi. Saya nak bagi semula kertas kerja untuk permohonan dana untuk program anak yatim setelah surat permohonan yang awal tersilap cetak alamat bank. Terasa kesal pula sebab cuai tapi saya percaya ada pengajaran yang saya harus terima. Alhamdullilah, tak sangka saya dapat berjumpa En. Zarul, person in charge. Rasa lega sebab dapat bagi by hand dan bercakap dengannya setelah hampir beberapa minggu susah nak mnghubunginya.. Alhamdullilah.
Berdekatan bank, ada kedai buku agama. Saya terasa nak singgah sebab saya sedang mencari majalah SOLUSI sejak semalam. Semalam semasa balik dari My Mydin, singgah di pasar raya Central Mart, takde , dah habis. Masuk sahaja kedai buku ni, saya rasa agak hampa sebab saya lihat majalah tu takde. Saya cuba bertanya. Fuhhh.. lega. Ada.. Dalam membelek-belek majalah lain sementara tunggu pekerja ambil majalah itu dari tingkat atas, saya ternampak koyok kaki toksik (foot detox patch) yang abah nak sangat saya beli pagi ni jugak. Abah mengadu kaki abah sakit dan panas. Sebenarnya saya pun dah mati akal nak cari di mana. Kalau beli di Cosway, harganya agak mahal. Alhamdullilah, abah dapat koyok kaki dan saya dapat majalah SOLUSI dalam satu kedai.
Majalah SOLUSI Isu 34 berharga RM11.00 |
Melihat kepada majalah SOLUSI yang dah jadi bumper, edisi Ramadhan dan Syawal mengingatkan saya kepada kegilaan saya mengumpulkan majalah komik APO? terutamanya edisi bumper Puasa dan Raya... hehe.. tapi yang menariknya kali ni, persamaan antara SOLUSI dan APO? ialah adanya kartun. Kakak mengatakan lukisan kartun dalam majalah SOLUSI ini adalah pelukis majalah APO? iaitu Bawang. Yelahh... maka terasa kali ini majalah ini sangat sempurna kerana mengabungkan unsur spiritual yang saya sangat titik beratkan sekarang dan adaya unsur humor melalui lukisan kartun oleh kartunis kegemaran saya! hehe
Gembiranya.. dah dapat semua barang dan hantar dokumen, selesai akhirnya perancangan pada hari ini. Allah Maha Mengabulkan. Alhamdullilah. Segala pujiann untuk Allah.
DOA PUASA HARI KE-8
Ya Allah! Berilah aku rezeki berupa kasih sayang terhadap anak-anak yatim dan pemberian makan, serta penyebaran salam, dan pergaulan dengan orang-orang mulia, dengan kemuliaan-MU, Wahai tempat berlindung bagi orang-onang yang berharap.
Membaca doa puasa pada hari ini , saya menjadi terharu kerana kebetulan sama dengan aktiviti saya pada pagi ini iaitu ke Bank Islam untuk permohonan dana program anak yatim. Saya sangat berharap kami beroleh dana supaya program tersebut dapat dijalankan melalui khidmat bakti kami.
"Ya Allah, Wahai Tuhan Maha Mengabulkan. Perkenankanlah permohonan kami." Amin.
No comments:
Post a Comment