Friday, 12 August 2011

Salam 11 Ramadhan - Titik Pertemuan di Masjid UKM

Setelah hampir seharian bertungkus lumus menyiapkan pelbagai kerja untuk program tersebut akhirnya saya dan Yana akur untuk stay kat masjid UKM dan berbuka puasa. Hikmahnya, saya dapat bersolat maghrib berjemaah. Alhamdulilah.

Sedang duduk berdepan dengan makanan sambil menunggu azan, rupa-rupanya Allah mempertemukan kami dengan seorang perempuan yang sangat cekal dan hebat. Namanya Saleha Binti Seth. Saya panggil kak Saleha. Dia lepasan UKM dan sekarang bekerja sendiri. Sudah beberapa minit makan baru kami berborak. Saya beritahu tentang tujuan kami ke UKM memandangkan sekarang cuti semester. Saya juga bertanyakan pendapatnya tentang pengisian program. Tak sangka rupanya dia sedang mencari program yang terdiri daripada kanak-kanak. Kena sangat! dengan program anak yatim. Maka, kami saling perlu-nmemerlukan.

Kak saleha sekarang tengah mengusahakan permainan sains dimana teori sains yang dipelajari di sekolah akan dipraktikkan di dalam permainan tersebut. Dengar pun dah menarik. Malam tu kami balik jam lewat sedikit kerana terus ke bilik pejabat kawannya di kawasan sekitar untuk melihat sendiri bagaimana permainan itu dilakukan. Memang best! Alhamdulliah.. banyak sungguh hikmah Allah beri hari ni. Syukur.. satu perkara dah selesai. ^_^


Sumber : Google


Monday, 8 August 2011

Salam 8 Ramadhan - Bank Islam, Koyok Kaki & SOLUSI (Allah Maha Mengabulkan)

Assalamualaikum,

Pagi ni saya ke Bank Islam cawangan Seksyen 14, PJ sekali lagi. Saya nak bagi semula kertas kerja untuk permohonan dana untuk program anak yatim setelah surat permohonan yang awal tersilap cetak alamat bank.  Terasa kesal pula sebab cuai tapi saya percaya ada pengajaran yang saya harus terima. Alhamdullilah, tak sangka saya dapat berjumpa En. Zarul, person in charge. Rasa lega sebab dapat bagi by hand dan bercakap dengannya setelah hampir beberapa minggu susah nak mnghubunginya.. Alhamdullilah.

Berdekatan bank, ada kedai buku agama. Saya terasa nak singgah sebab saya sedang mencari majalah SOLUSI sejak semalam. Semalam semasa balik dari My Mydin, singgah di pasar raya Central Mart, takde , dah habis. Masuk sahaja kedai buku ni, saya rasa agak hampa sebab saya lihat majalah tu takde. Saya cuba bertanya. Fuhhh.. lega. Ada.. Dalam membelek-belek majalah lain sementara tunggu pekerja ambil majalah itu dari tingkat atas, saya ternampak koyok kaki toksik (foot detox patch) yang abah nak sangat saya beli pagi ni jugak. Abah mengadu kaki abah sakit dan panas. Sebenarnya saya pun dah mati akal nak cari di mana. Kalau beli di Cosway, harganya agak mahal. Alhamdullilah, abah dapat koyok kaki dan saya dapat majalah SOLUSI dalam satu kedai. 


Majalah SOLUSI Isu 34
berharga RM11.00

Melihat kepada majalah SOLUSI yang dah jadi bumper, edisi Ramadhan dan Syawal mengingatkan saya kepada kegilaan saya mengumpulkan majalah komik APO? terutamanya edisi bumper Puasa dan Raya... hehe.. tapi yang menariknya kali ni, persamaan antara SOLUSI dan APO? ialah adanya kartun. Kakak mengatakan lukisan kartun dalam majalah SOLUSI ini adalah pelukis majalah APO? iaitu Bawang. Yelahh... maka terasa kali ini majalah ini sangat sempurna kerana mengabungkan unsur spiritual yang saya sangat titik beratkan sekarang dan adaya unsur humor melalui lukisan kartun oleh kartunis kegemaran saya! hehe

Gembiranya.. dah dapat semua barang dan hantar dokumen, selesai akhirnya perancangan pada hari ini.  Allah Maha Mengabulkan. Alhamdullilah. Segala pujiann untuk Allah.

DOA PUASA HARI KE-8

Ya Allah! Berilah aku rezeki berupa kasih sayang terhadap anak-anak yatim dan pemberian makan, serta penyebaran salam, dan pergaulan dengan orang-orang mulia, dengan kemuliaan-MU, Wahai tempat berlindung bagi orang-onang yang berharap.


Membaca doa puasa pada hari ini , saya menjadi terharu kerana kebetulan sama dengan aktiviti saya pada pagi ini iaitu ke Bank Islam untuk permohonan dana program anak yatim. Saya sangat berharap kami beroleh dana supaya program tersebut dapat dijalankan melalui khidmat bakti kami. 

"Ya Allah, Wahai Tuhan Maha Mengabulkan. Perkenankanlah permohonan kami." Amin. 


Salam 7 Ramadhan - Masjid Saujana Utama dan Kaum Hawa

Hari ini pada waktu tengahari, saya pergi ke My Mydin  dengan mak dan kakak. Buat peratam kalinya memandu kereta kakak Toyota Vios, merasa juga lah naik kereta toyota.. hehe.. Saya ke sana sebab nak survey harga barang-barang alat tulis dan makanan untuk program Anak Yatim dan Warga Tua. My Mydin di sini bersaiz kecil jadi tak banyak barang yang saya nak. Kebetulan atasnya, ada kedai butik pakaian jubah. Saya teruja juga nak naik atas nak tengok, tetapi kakak pula beriya-iya tak nak. Mak cakap kakak segan nak naik atas sebab jubah yang dipakainya sekarang adalah yang dibelinya di situ. Patut lah... hehe

Lepas balik dan solat zuhur, saya terus kembali membuat kerja berkaitan program terutamanya belanjawan.. huhh banyak juga nak beli ... sehingga sedar- tak sedar dah jam 6 petang. Alamak, solat asar! Kemudian sambung kerja semula sehingga jam 7 malam. Mak kelihatan agak kelam kabut nak menyiapkan kuah lontong.. sian pula saya tengok mak. Kakak pula mana pergi? Hmm tau sangat.. sibuk berdakwah dalam bilik melalui internet sampai keluarga apatah mak sendiri pun tak nak jengok dan menolong... cakap hal orang , kadang-kadang saya pun sama... Itulah kelemahan manusia, kadang-kadang benda kecil dan penting kita kurang kesedaran dan tak ambil kisah.. 

Saya lihat mak pula macam tak 'berani' nak minta saya tolong macam sebelumnya sejak SMS yang diberinya. Dalam lubuk hati saya, saya tak makan hati langsung. Perasaan itu mudah sahaja dapat saya lupakan apatah lagi ia dari ibu saya sendiri. Saya tak salahkan mak.. Saya pun terus tolong mak perah kelapa dan kerja-kerja memasukkan nasi impit ke dalam mangkuk dan air cincau ke dalam cawan. Hari ini kami makan nasi impit rendang. Kurang sikit rasanya sebab mak guna perencah yang dibeli kakak. Tapi alhamdullilah, dapat juga makan makanan yangsedap berbanding beli di pasar apatah lagi bulan puasa. Macam-macam rasa.

Selepas selesai jemaah solat Maghrib dengan abah, saya siap-siap nak ke masjid Saujana Utama dengan kakak. Di kawasan perumahan Sri Pristana ini ada juga masjid, tapi kakak tak berapa jelas dengan jalannnya.  Uniknya solat di masjid Saujana Utama  ini ialah, selesai sahaja rakaat keempat terawikh, ada slot ceramah selama setengah jam. Mata kami terkebil-kebil. Sebabnya , kami tak berapa dengar kerana kualiti bunyi mikrofon yang kurang jelas. Mungkin juga kesan suara terpantul semula dan kedengaran bergema. Selepas selesai solat terawikh kelapan dan witir , kami menjamu makanan di situ. Hehe.. kakak yang tak nak berebut sangat dengan orang akhirnya menjadi orang terakhir untuk dapatkan makanan. Kami makan kuew tiew tomyam dengan minum air sirap. 

Kami juga sempat berborak pasal hal-hal kanak-kanak bising di masjid ketika jemaah bersolat.. Teringat pula saya dengan  teguran imam di masjid Kayu Ara tempoh hari, yang sempat saya pergi sekali sahaja pada hari ketiga puasa dengan abah. Beliau menegur sesetengah  kaum hawa yang tidak menutup aurat sepenuhnya ketika masuk ke masjid dan kebisingan suara anak-anak yang dibawa. Semasa saya hendak ke masjid dengan abah, saya dapat lihat seorang perempuan (warga asing) berbaju kurung membonceng naik dengan seorang lelaki (Allah je tahu suaminya atau bukan) hanya mengenakan seledeng 'sempang'. Terkejut saya lihat rupanya mereka ke masjid apabila sampai di sana. Kelihatan mereka tersengih-sengih antara satu sama lain.. Apa kejadahnya? 

Gambar Hiasan
Menurut imam tersebut, dengan remaja2 perempuan - apakah dengan niat datang ke masjid untuk bersolat tapi tak juga menutup aurat, ia dikatakan baik? untuk para wanita dan isteri pula - apakah dengan niat datang ke masjid untuk solat dan menutup aurat tetapi membawa anak-anak yang akhirnya menimbulkan kekacauan dan mengganggu keselesaan jemaah untuk bersolat , adalah baik? Akhirnya beliau mencadangkan, mereka tak perlu datang ke masjid dan solat sendirian sahaja di rumah kerana ternyata menyebabkan para lelaki yang datang ke masjid terpaksa 'menjamu' mata melihat aurat dan terganggu dengan suara bising kanak-kanak, begitu juga untuk jemaah kaum hawa yang lain. Saya sememangnya sangat bersetuju..

Hakikatnya itulah manusia. Niat mungkin baik tapi jika kesan perbuatannya menyebabkan orang lain 'terpaksa' menanggung kesan tidak baik pula, semestinya ia adalah tidak baik dan boleh disalah anggap bahawa mereka ini adalah orang yang mementingkan diri sendiri sahaja. Pada perspektif lain juga, tidakkah akhirnya mereka juga terganggu kerana 'terpaksa' menjalankan dua tugas. Nak bersolat ke nak mengawasi anak-anak? jadi, kesimpulannya, maaf sebut, lebih elok solat di rumah sahaja. Ini bukan pendapat secara individu memandangkan saya masih bujang dan belum melaluinya lagi, namun saya juga adalah 'mangsa' dari keadaan tersebut dan semestinya 'mangsa' lebih memahami. Saya yang juga sangat obses dengan masjid, 'terpaksa' mengurangkan obses saya kerana baru-baru ini saya diberitahu oleh si dia bahawa sebenarnya kaum hawa ini tidak digalakkan ke masjid... mula-mula dengar rasa sedih dan saya menerima. Melihat kepada kesan keadaan sekarang, baru saya betul-betul faham dan menyetujui kata-kata si dia..

Saya mempunyai impian yang tinggi iaitu melawat dan
bersolat di seluruh masjid di dunia.. Mampukah saya?
Hanya Kuasa Allah yang menentukan..


Semoga kaum hawa dapat mengambil ikhtibar dan memperbaiki diri kerana puasa sepatutnya menambahkan ganjaran pahala dan kebaikan tapi jika silap langkah si sebalik niat yang baik boleh membawa dosa dan kesan yang tidak baik.. 


DOA PUASA HARI KE-7
Ya Allah! Bantulah aku untuk melaksanakan puasanya, dan ibadah malamnya. Jauhkanlah aku dari kelalaian dan dosa-dosanya. Dan berikanlah aku zikir berupa zikir mengingat-MU secara berkesinambungan, dengan Taufiq- MU, Wahai Pemberi Petunjuk orang-orang yang sesat.

Selepas balik dari masjid, saya seperti mempunyai nekad dan semangat yang baru. Entah kenapa kebetulan jemaah hari ini tak ramai dan hikmahnya menjadikan suasana di masjid agak tenang dan amat selesa. Saya rasa gembira. Happy! Doa ini sangat sama dengan keadaan saya pada malam ini. Menakjubkan. Amin...

Saturday, 6 August 2011

Salam 6 Ramadhan - Putrajaya, Petaling Jaya, Klang & Sg. Buloh

Assalamualaikum,

Bangun je dari tidur pagi ni , alhamdullilah. Terasa kesakitan dan kepiluan hati ni membaca SMS mak  yang berbaur penghinaan ,diterima masa sahur jam 5 pagi tadi , tiba-tiba hilang. Hati saya tak lagi 'bengkak'. Mak tak dapat menerima saya tidur di rumah orang dan menggelar saya 'cheap'.... Maka, jadilah dalam sejarah atau mcm nama rancangan TV1, "Hari Ini Dalam Sejarah", saya menerima SMS semacam itu dari seorang ibu. Mungkin juga saya akan ingat sampai saya mati. Bukan dendam tetapi sebagai 'kenangan' pahit/ paling pahit dalam hidup saya..

Mak tak setuju saya tidur di rumah kakak si dia kerana ingin menemani mereka ke Port Dickson. Menghantar si dia ke tempat latihan dan seterusnya bertugas di tempat yang telah ditetapkan. Salah saya juga kerana tak berapa berterus terang. Saya tahu kalau berterus terang, mak akan membantah! Tapi jika saya tak pergi, si dia akan cakap lain pula! Saya jadi serba salah! Akhirnya, si dia yg mengetahui cerita sebenar, hanya terdiam dan pasrah. Baru dia tahu betapa hal ini serius.. Saya juga tak mahu salahkan dia, saya tak nak salahkan sesiapa. Dalam hal ini, saya yang membuat keputusan. Maka, sayalah yang menanggungnya. sayalah yang bersalah. Kesalahan pertama saya di bulan Puasa! "Ya Allah, kenapa aku ini buta dalam membuat pertimbangan?!" dalam hal ini, hati saya, mak dan si dia 'bengkak'! Manusia kerap buat kesilapan.,. bukankah apa sahaja perkara yang dilakukan jika bukan berlandaskan ke jalan Allah akan menjadi sesuatu yang sia-sia? Betapa saya mensia-siakan puasa saya pada hari ini... 

Bercakap pasal penempatan, nampak gayanya memang lama lah saya akan berjauhan lagi dengan si dia. Dia ditempatkan di Kelantan! Kami tak habis2 bercakap pasal perkara ini dan masa depan.. huhh.. Saya juga  berusaha sedaya upaya memberi semangat dan motivasi kepada si dia.. Dia nampak seperti patah semangat kerana tempatnya yang agak jauh dari Perak dan KL. Paling penting, dia agak sukar menerima bahawa dia semakin jauh dari saya! Baru betul2 skrg saya sedar bahawa si dia memang teramat sayangkan saya, perlukan saya. Dia berkata sayalah inspirasinya. sayalah destinasi hidupnya... pada redupan matanya, ada kebenaran. Namun saya sahaja yang selalu memandang bawah. saya rasa malu dan segan. Saya juga rasa terharu betapa saya pada kali ini betul2 disayangi dan diperlukan oleh seseorang lelaki. Namun dalam sedih2, dia masih mampu tersenyum dan ketawa..  "Wahai kekasih ku, usahlah cintaku kau dambakan. Hakikatnya, tiada apa yang mampu ku lakukan untuk mu, kerana kedaifan keadaan ku ketika ini. Ingatlah Allah. cintailah Allah. Kerana Dia memang sentiasa menemanimu di mana sahaja...Aku hanyalah hambaNya yang daif.. Aku hanyalah manusia yang tidak mempunyai apa-apa...Apalah sangat yang mampu kulakukan untuk mu" kalau lah boleh si dia mendengar.... saya memandangnya namun hanya hati ini sahaja yang berkata-kata.

Saya pulang dari Putrajaya dan sampai di rumah di Petaling Jaya pada jam 11.30 pg. mak abah takde di rumah. Mereka ke klinik dan pasar raya. SMS pada waktu sahur td mengingatkan saya semula dan saya kembali tiada mood untuk bercakap. Macam biasa, mak tegur dengan saya mcm takde apa-apa yg berlaku. Manakala saya hanya banyak mengangguk dan jawab "ya". Puas saya nak pikir dan pujuk diri, kenapakah benda2 macam ini membuat saya dan mak bermusuh? Benda kecil je! Arghh.. malas nk pikir!

Lepas asar, kami ke Meru, Klang. Mak nak ambik duit sewa rumah di sana. Di dalam perjalanan kami harus mengharungi Pasar Meru yang ada pada setiap hari Ahad petang. namun disebabkan bulan puasa ni, dan bertukar menjadi bazar Ramadhan yang paling sibuk dan meriah saya pernah tengok! Gerai2 makanan dan minuman berada di tepi2 jalan.. orang2 yg berkunjung beli juga berada di tepi jalan. Maka, jalan raya memang sesak! nasib baik ada pihak yang mengawal laluan jalan raya itu. Sempat jugalah saya menoleh kiri kanan makanan, minuman yang dijual.. Huhhh dasyat2 .. hebat sungguh perniagaan orang Melayu.. yang mungkin nampak/hanya di Bulan Puasa.. Yeke? Hmm.. 

Dah selesai dari Meru kami ke Sg. Buloh, tempat tinggal kakak sulung saya. Huhhhh.. entah berapa jam saya memandu kereta hari ini. Inilah aktiviti wajib saya hujung minggu.. sampai naik muak. Kadang2 benda mcm ni buat saya dan mak bergaduh.. Mak cakap seolah-olah ini aktiviti wajib. mak perlu datang ke sana krn nanti kakak merajuk! Alahai.. saya dah penat pikir dan melayan benda2 remeh mcm ni maka saya ikutkan sahaja. 

Sampai di rumah kakak, di luar pintu menyambut kami. Tersenyum gembira, huhh.. rupa-rupanya kakak memakai baju jubah. cehh dah beli dulu. Hari tu dia telefon saya cakap nak temankannya beli jubah. Tak sabar2,suruh datang. saya cadangkan dia beli di kedai pakaian di Saujana Utama , tak jauh dari Pristana. Akhirnya dia beli disitu.. Alhamdullilah dapat beli jugak. Tuhan Maha Mengabulkan.

Buat pertama kali, kami sekeluarga , 5 orang dan abg ipar saya makan bersama. Kakak kedua dan suami yang tinggal di Puncak Perdana datang untuk berbuka bersama. Alhamdullilah kami berbuka dalam keadaan aman.. tujuan saya datang rumah kakak juga sebab dia sudah banyak kali telefon mengajak saya bersolat terawikh dengannya di masjid. tak sabar2 menunggu ketibaan saya! Namun, apakan daya, dia keletihan pada hari ini setelah berbuka dan membatalkannya. Hmmm saya dah biasa orang batal2 last minit ni.. Kami merancang untuk pergi ke esok hari.. harap2 jadi. Hmm belum sempat nampaknya saya nak menjejak kaki ke masjid sini....


DOA HARI KE-6
Ya Allah! Janganlah Engkau hinakan aku kerana perbuatan maksiat terhadap-MU, dan janganlah Engkau pukul aku dengan balasan-MU. Jauhkanlah aku dari hal-hal yang dapat menyebabkan kemurkaan-MU, dengan anugerah dan bantuan-MU, Wahai puncak keinginan orang-orang yang berkeinginan!

Membaca doa puasa pada hari ini, membuat saya bertambah sedih dan sayu... seolah-olah sangat mengena dengan keadaan saya pada hari ini. Jika mak hina saya, saya boleh terima tetapi Tuhan, janganlah menghina saya.. kerana saya tahu kesan penghinaan itu adalah dengan seksaanNya.. 
"Oh Tuhan ,  Maafkan lah dosa-dosa ku terhadap ibuku apatah lagi dosa-dosaku terhadapMu...!!! kerana tak termampu aku menanggungnya.."


Friday, 5 August 2011

Salam 5 Ramadhan - Masjid Universiti, Bangi & Masjid Al-Mizan, Putrajaya

Assalamualaikum,

Akhirnya jadi juga saya ke UKM hampir jam 3.30 petang saya sampai di kolej. Selepas selesai menulis surat dan beri kepada PA Pengetua, saya je JPPel pula untuk mengambil surat kelulusan. Terdengar pula azan berkumandang di masjid. Saya tak nak menangguhkan solat. Nanti terkejar-kejar. Saya singgah dahulu. Baru sahaja melangkah masuk ke bilik solat wanita, imam melaungkan azan sekali lagi menandakan solat jemaah bermula. Saya jadi serba salah. Nak berjemaah atau solat sendirian memandangkan saya sudah agak lewat untuk ke Putrajaya. Apatah lagi pafda jam 5petang sudah tentu sesak kerana orang bekerja keluar balik rumah. Tetapi suara imam itu amat kuat mempengaruhi saya, maka saya ikutkan hati. Dalam hati berkata," Bukan selalu dapat berjemaah di dalam masjid sini walaupun dah setahun belajar di sini..." Betapa peluang yang baik saya tak suka dan sukar nak tolak..


Masjid Universiti di UKM, Bangi
Sumber : Google
Lepas selesai solat, saya masih boleh berlenggang-lenggang menuju keluar ke kereta. Alamak! Dah sesak! Banyak betul kereta! Hmmm.. lumrahlah setiap apa yang diinginkan pasti akan ada yang terpaksa dilepaskan. Saya melepaskan waktu keemasan untuk keluar awal ke Putrajaya dengan menggunakannya untuk bersolat jemaah di dalam masjid. Terkenang tahun lepas, suatu peristiwa saya berbuka puasa di masjid dan balik jalan kaki selepas selesai terawikh sorang2 pada waktu malam gelap gelita. Hanya Allah sahaja yang tahu. Betapa saya ini sangat teruja dan obses dengan masjid!

Sekali saya berkesempatan berkunjung ke pasar Putrajaya Presint 2.. Tapi disebabkan sampai lewat, saya tak dapat nak luangkan lebih masa untuk jalan2.. hanya beli makanan kuih muih sikit dan air minuman. Keinginan untuk melihat fesyen2 tudung, kain2 baju.. hmmm nampaknya padam begitu sahaja memandangkan ramainya orang di pasar. Sempat juga jumpa orang ofis, Pn. Aisyah dan anaknya. Saya sempat tegur dan kami berborak...

Melihat kepada keadaan, situasi dan kelakuan penduduk di sini, pada pandangan saya tempat ini memang sesuai untuk orang muda yang ingin membina keluarga dgn suasana yang harmoni, pekerjaaan relaks dan kemudahan2 umum yang pelbagai.. hehe..

Hari ini berbuka dengan nasi ayam, kakak si dia masak. Sedap rasanya! hehe.. Malamnya, saya pergi ke masjid Al-Mizan atau orang sebutnya masjid besi... Ni dah kali kedua, saya terawikh di sini sejak pertama kali pada puasa tahun lepas. Alhamdullilah.. Tapi yang kurang seronoknya, saya agak terganggu dengan keriuhan dan keriangan anak-anak kecil..hmm memang di mana-mana masjid pun, di mana ada kanak-kanak yang tanpa pengawasan ibu bapa, mesti akan menjadikan tempat itu tempat permainan mereka. Hmm..

Masjid Mizan Zainal Abidin, Putrajaya
Diambil tahun 2010

Selesai solat, saya mengambil masa yang agak lama sebab tersesat jalan mencari di mana selipar saya letak.. Huhhh.. tempat besar dan luaslah katakan.. Saya cuba mengingatkan semula yang saya mula-mula masuk mengikut jalan yang ada 'escalator'  huhhh canggih, macam pusat membeli belah. Kelihatan ramai juga anak-anak muda tak mensia-siakan peluang dengan mengambil gambar masjid dari pelbagai sisi. Hmm teringat saya. Rugi pulak tak ambil gambar. Tapi takkan saya nak bawa kamera/ hanphone masa nak pergi beribadah.. Arghh.. malas2..

Akhirnya, masa2 dan saat2 yang ditunggu2 tiba2 dah dimaklumkan. Si dia dimaklumkan oleh kawannya bahawa dia ditempatkan ke Kelantan. Luhur hatinya mendengar keputusan itu. Tetapi hati saya redha. Saya dah tekad menerima keputusan di mana sahaja dia berada. Namun, saya tahu si dia runsing dan sgt bimbang krn berpendapat bahawa penempatannya adalah menjadi penetu kepada hubungan kami. Ternyata penempatan itu meberi jawapan bahawa hubungan ini 'THE END'..begitu juga dari pihak ibu bapa saya. Saya tahu.. Namun, saya tak nak berputus asa. Saya tetap dengan pendirian saya....


DOA HARI KE-5
Ya Allah! Jadikanlah aku diantara orang-orang yang memohon ampunan, dan jadikanlah aku sebagai hamba-MU yang sholeh dan setia serta jadikanlah aku diantara Auliya'- MU yang dekat disisi-MU, dengan kelembutan-MU, Wahai dzat Yang Maha Pengasih di antara semua pengasih.

Thursday, 4 August 2011

Salam 5 Ramadhan - Patah Hati, Persoalan dan Pasrah

Assalamualaikum ,

Cepat pula rasanya sudah hari kelima berpuasa. Beberapa hari agak sibuk dengan blog saya yang lagi satu. Saya sibuk memuatkan beberapa artikel yang saya perlu menaipnya semula. Alhamdullilah saya terjumpa  artikel itu iaitu artikel di zaman sekolah menengah sewaktu mengemas bilik di rumah kakak!! Bayangkan artikel tu saya sempat fotostat pada tahun 2002 kerana ingin mengedarkannya kepada kawan2 sewaktu saya memegang jawatan Pengerusi Puteri Islam. hehhhhh. Hingga tahun ini, 2011, sy menemuinya semula! Alhamdullilah semuanya atas ketentuan Tuhan yang telah mengaturkannya. Saya juga bersyukur kerana tergerak hati untuk fotostat artikel tersebut dari majalah itu kerana dengan takdirNya ayah saya telah terbuang majalah itu sewaktu almari bilik saya dipenuhi dengan anai-anai.... memang sedih.. Majalah itu ialah Majalah Ana yang dibeli sekitar tahun 2000-2001.. saya tak berapa ingat. tetapi cover majalah masih segar dalam ingatan saya, wajah lukisan wanita muslimah yang sangat cantik dengan matanya yang bulat.. saya perasan ia dikeluarkan beberapa edisi sahaja mungkin 2 atau 3 kali selepas itu saya sukar mendapatkannya di kedai majalah yang saya biasa kunjungi. sama ada tak dijual disitu lagi atau sudah habis edisinya.. Allah sahaja yang tahu.

Mengikut agenda hari ini, saya harus ke UKM, Bangi untuk mendapatkan surat kelulusan baru program anak yatim dan warga tua pada september ini. Hal ini banyak merunsingkan saya. Dugaan-dugaan.. dah lah susah nak dapat penaja untuk program ini , satu persatu kawan-kawan seperjuangan ingin mengundurkan diri... Allah sahajalh yang tahu betapa pilu hati ini untuk memikul dan menanggungnya semua... Hmmm... saya percaya setiap apa yang ingin dilakukan mestilah ada pengorbanan. Setiap orang yang inginkan perkara itu menjadi suatu kejayaan, mestilah berkorban. Mengatakannya amat mudah tetapi melakukan dan mengharunginya sangat susah.. dan saya melaluinya ketika ini.

Selain itu, ada urusan lain juga. Saya sebagai Setiausaha JAKSA kolej , saya harus menyediakan surat jemputan ceramah kepada Pengarah Pusat Akeditasi Kokurikulum (PAK) lebih awal untuk tempahan... Tapi kawan saya membatalkan perjumpaan. Jadi agak lewat selepas zuhur saya rasa baru nak pergilah di samping saya ingin bertemu .... ermmm.. kekasih hati yang akan ke Port Dickson semula pada hari esok, Sabtu kerana hari Ahadnya, dia akan dimaklumkan tentang penempatannnya nanti sebagai anggota 'berkhidmat kepada negara'.. 

Bercerita tentang kekasih hati... entah berapa kalilah hati ni patah dengan CINTA.. (cinta?)

Sebenarnya beberapa hari sejak tarikh 27 Julai 2011 (Rabu) bersamaan 27 Syaaban, selepas saya pulang ke rumah dari menghadiri Perkampungan Pemudah Cara di kolej, tiba-tiba mak memberitahu tentang pendirian dan 'keputusan' abah yang seolah-olah masih tidak dapat menerima si dia. 

Sebaik sahaja saya mendengarnya....... hati saya....


Bermula dari itu, perasaan saya jadi sebak. Tak keruan. Pilu. Kecewa. Sedih. Marah.Putus asa.....

Pelbagai punca-punca dan penyebab serta kesan yang harus saya tanggung tak berhenti bermain di fikiran..
saya berasa apa yang dilakukan selama ini , adalah sesuatu yang sia-sia... Tapi.. Apakah benar apa yang Allah jadikan itu suatu yang sia-sia?? Pada kefahaman dan pendirian saya bahawa takde apa pun di dunia ini yang Allah jadikan adalah sia-sia...tetapi kenapa ini tiba-tiba berlaku di waktu saya di fasa bahagia? dengan angan-angan dan perancangan yang telah lama dilontarkan iaitu berkeinginan untuk mengikat tali pertunangan dan perkahwinan pada tahun hadapan....Abah memberi alasan saya masih bersekolah. Apakah bersekolah dijadikan alasan? Apakah abah lupa saya ini sudah berumur berapa? Saya menjadi pemarah secara tiba-tiba.. saya mula memberontak. Saya berasa apa yang saya lakukan selama ini adalah di atas suatu hubungan yang sia-sia.. tiada dapat restu ibu bapa.. sedangkan selama ini mereka 'gembira' apabila saya selalu bercerita tentang si dia.. dan akhirnya 'kepuusan' abah tetap sama..saya rasa seperti ditipu...

Perasaan bersangka baik pada Nya sudah mula meragui di dalam hati. Namun saya lihat kenang apa yang saya selalu ingatkan pada orang lain... saya ingatkan semula apa pendirian saya...

Sesungguhnya, berat mata melihat, berat lagi bahu memikul.. Saya cuba memujuk hati... Saya ingin kembali kepadaNya...kerana sememangnya saya tidak mampu 'berjauhan' lari dan 'merajuk' lama denganNya. Saya mengadu kepadaNya.. saya tekad. Saya redha dengan dugaan ini.... Saya berdoa dan mengadu kepada Tuhan supaya Tuhan melembutkan hati ibu bapa saya untuk menerima si dia... Terlalu banyak konflik yang berlaku berlandaskan prinsip dan falsasah masing-masing. Prinsip abah, mak dan saya berbeza.. Saya sudah jadi penat memikir. Siapa yang benar siapa yang silap. Akhirnya, saya hanya mendiamkan diri.. Biarlah saya mengalah. Pada hari pertama puasa, baru saya dapat bersuara dengan ibu. Semalam baru dengan abah. peliknya setelah kami bertengkar, abah dan mak masih melayan saya seperti biasa.. apakah mereka tidak perasan perasaan luka dan terguris saya tatkala kata-kata yang dilontarkan semasa bertengkar? kata-kata berat sebelah dan berbaur penghinaan? Sekali lagi membuat saya bingung dan akhirnya diam...

"Ya Allah , Ya Tuhanku. Ampun nilah dosa kedua ibu bapaku sebagaimana mereka mengasihiku semasa aku kecil" ...doa yang kerap saya ucapkan selepas setiap kali habis solat fardhu.. apakah saya mudah lupa apa yang ucapkan selalu? Ya, saya silap. Sebagai anak saya silap. Tetapi pada fikiran saya setiap anak juga perlu mempunyai peluang untuk memilih pasangan hidupnya. Antara memilih pasangan sendiri dengan pilihan pasangan yang ibu bapa selalu membuat hati saya kembali keliru, serba salah dan sebak... 

"Apakah aku harus terima kerana mereka ibu bapaku?", "Apakah jika aku tidak mahu terima, adakah aku ini anak yang tidak mengenang budi?"....begitu banyak ibarat lautan mak dan abah dah korbankan kepada saya.. apatah lagi saya ini anak bongsu. Saya tidak mahu dikatakan tidak mengenang budi.. Jika saya ingkar sekali pun , saya berasa malu pada diri sendiri.. "Apakah kuasa saya sebagai anak, apakah sumbanganku kepada org tua ku, apakah aku ini anak masih tidak tahu mengenang budi apatah lagi lagi mahu mengingkari mereka ?" tatkala teringat kata-kata ini membuat air mata saya tidak berhenti mengalir.... ibarat ikatan antara hamba (saya) dan tuan punya rumah (mak dan abah). Apalah sangat si hamba ini boleh lakukan melainkan mendengar arahan dan mengikutnya.. Begitulah apa yang dapat saya rasakan..

(Sebelum kejadian ini) Ikatan yang sangat rapat dengan menamakan diri kami bertiga sebagai "Wonderpets" , cerita kartun kegemaran abah sewaktu masa lapang, selalu sahaja membuat kami bertiga ketawa terbahak2.. memandangkan hampir setiap minggu kami akan ke rumah kakak2 saya.. kami membantu mereka membuat kerja dan menemani mereka dengan menghabiskan cuti hujung minggu bersama-sama. Saya mencetuskan idea bahawa kami adalah "Wonderpets" kerana 'membantu haiwan di dalam bahaya (kesusahan)" berdasarkan lirik lagunya. Kakak2 saya yang mendengarnya juga tak henti2 ketawa apatah lg abah yg sering menyanyikan semula petikan lagu tersebut dengan nada yang lucu. Tetapi ternyata para setan amat mecemburui hubungan yang sangat rapat antara anak dgn ibu , antara anak dgn bapanya seperti isi dan kulit ini... Para setan kurang senang melihat kami bergembira. Tetapi tersangat  suka melihat kami berpecah belah.. Oleh itu, saya tak nak menyalahkan mak abah, kerana pastinya dugaan yang mendatang adalah punca dari bisikan syaitan yang juga telah ditentukan oleh Allah.

Pada saat ini, dengan dugaan ini. Allah menemukan saya dengan Asmaul Husna Nya.. bulan Ramadhan bulan yang mulia. Segala amalan diterima Allah... Itu yang selalu dengar. Maka, saya mengambil peluang keemasan ini untuk mengadu kepada Allah. " Ya Allah, tenangkan hatiku. Bahagiakan lah hati ku. Jika dugaan ini adalah untuk menghapuskan dosa-dosaku yang lalu , maka aku redha menerimanya. Jika dugaan ini adalah untuk Kau mendugaku sejauh mana cinta dan kepercayaanku (iman) kepada Mu , maka aku redha. Jika ini lebih untuk ku , maka aku redha. Aku terima dugaan ini dengan rasa terbuka. Namun aku hanyalah hamba mu yang sangat lemah, maka pimpinlah aku. Berilah aku petunjuk dan jalan penyelesaian. Adakah benar dia terbaik untuk ku. Adakah pilihan mak abah lebih baik? Berilah aku petunjuk. Lembutkanlah hati kedua ibu bapaku supaya mereka dapat menerima si dia dengan redha, jika ia membawa kebaikan kepada ku. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar, Maha Mengasihi, Maha Penyanyang, Maha Mengetahui, Maha Mengabulkan... ".

Alhamdullilah, hati hati mulai tenang kini. Saya juga boleh tersenyum. Entah kenapa hati saya tiba-tiba menjadi girang. Saya gembira Tuhan memberi ujian ini... walaupun saya mampu berkata begini namun air mata tetap ingin mengalir.. saya masih mencari di sebalik hikmah Tuhan.. Dalam mencari, membuat saya semakin rasa dekat dengan Tuhan... dan saya akan terus mencari.....