Beberapa hari yang lepas adalah waktu yang sangat menekan saya kerana jumpa je tukang jahit untuk baju sanding saya, warna kain tak sama dengan warna yang mula2 dia cadangkan. Dulu pilih warna peach sekarang yang ada 'ditawarkan' kepada saya adalah berbeza kerana jenis kain yang dicari tiada warna peach yang dipilih. Ia seakan salmon color, warna baju yang saya pakai masa bertunang hari tu.. argh sapa nak warna sama lagi! >_< tapi yang ni warnanya lebih light.. so its light salmon.. not peach.. Dan kain baju laki berwarna dark salmon.. arghh! lagi geram marah tengok warna tu! tak pastel langsung >_< Dah lah tunang tak cerah sangat.. makin gelap lah.. >_< kemudian saya diberi pilihan warna off white..
(Moral of the story: Adalah lebih baik kita sendiri sediakan kain ikut warna yang kita nak untukdihantar jahit)
Sepanjang hari saya memikirkan pasal banyak perkara gara2 warna tersebut.. akhir sekali saya pasrah.. sebab saya rasa memang saya dah ditakdirkan pakai warna pink juga.. warna ni memang tak boleh 'lari' dari saya lah.. aduii.. hmm.. kan saya pernah cakap "takdir Tuhan itu cantik2 sahaja".. maka kita pun redha je lah... >o< Mungkin ada hikmahnya..
Selepas sekian hari mempertimbangkan & bertanya pendapat. saya cakap dekat - Kak Majee PIC untuk baju sanding saya yang saya terima warna yang ditawarkan (light salmon) dipadankan dengan baju lelaki melayu warna off white/cream.. bukan dark salmon tu.. huhu.. no no.. Mak tenangkan saya cakap 'okay' je sesuai.. Kak Majee turut membantu saya dalam nak matching kan hal baju ni. Rupanya dia memahami saya juga.. Huhu ~
Lebih kurang baju gaun dress sanding saya (light salmon) & baju melayu laki (off white/cream) macam gambar di bawah ni.. saya rasa masuk sebab lace di baju perempuan warna off white/cream match dengan warna baju lelaki.
Sumber: Facebook Fashada Wedding Concept & Event |
Sumber: Facebook Fashada Wedding Concept & Event |
Kiri : warna kain perempuan (light salmon) Kanan : warna kain lelaki yang diberikan pilihan (dark salmon) |
https://www.facebook.com/fleur.my
Walaupun mungkin tak sama 100% macam di gambar, tapi saya harap tak jauh beza.. dapat pada 23 Disember ni.. insyaAllah.. ^_^
Pilihan Bunga Tangan |
Sekian..^_^
No comments:
Post a Comment