Wednesday, 21 August 2013

Photo Book Majlis Pertunangan

Bismillah..

Salam Syawal! Akhirnya dapat juga buat photo book majlis pertunangan saya! ^_^
Sampai pada bulan Puasa haritu. Tapi disebabkan pos ke alamat tunang di Johor, jadi dapat tengok masa raya.. huhu terlambat sudah.

Alhamdulilah. Puas hati. Kualiti boleh lah. Rasanya gambar yang dicetak nampak sedikit gelap dari yang asal.
Tapi keseluruhan puas hati sebab sampai cepat, tebal (40muka surat), kualiti kertas bagus dan ada software kita kena muat turun, dan boleh masukkan sendiri gambar.

Kos semuanya RM115 sahaja termasuk RM15 kos penghantaran. Jadinya RM100 sahaja untuk photo book ni! Sebelum tu saya ternampak di kedai kodak dan kedai gambar biasa, mereka caj sampai RM300/400! Kalo RM100+ dapat beberapa muka surat sahaja. Tapi yang ini sangat berbaloi!

Saya buat di http://www.photobook.com.my/ menggunakan baucer groupon di
http://www.groupon.my/deals/national-deal/Photobook-Malaysia/717099549?nlp=&CID=MY_CRM_1_0_0_168&a=715827970
pada masa promosi tu yang bernilai RM200+.

Maksudnya dapat diskaun RM200+ tu lah daripada harga sebenar Photo book tu. Jadi, hanya bayar RM100 sahaja untuk Photo book yang cantik ni.. ^_^

Bahagian depan kulit Photo Book

Antara gambar dalam bahagian dalam Photo Book

Bahagian kulit belakang Photo Book


Kalau ada budget boleh buat lagi untuk majlis pernikahan dan majlis persandingan nanti.
Yeayyy.. :D InsyaAllah..

Sekian..

Thank You for view! ^_^