Friday, 2 August 2013

Impian Melancong : Makkah, Madinah & Jerusalem

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Hari ni kat surat khabar Sinar Harian ada artikel pasal perjalanan penulis tersebut menjalani umrah serta lawatan ke 3 buah masjid utama dunia iaitu Masjid Nabawi (Madinah), Masjid Masjidil Haram (Makkah) dan Masjid al-Aqsa (Jerusalem). Dah lama saya mengimpikannya. Tapi disebabkan tak pernah nak 'search' rupanya memang ada syarikat yang buat perjalanan melancong ke sana. Bestnya sebab dapat pergi ke 3 tempat dalam satu perjalanan (satu tiket).

Impian saya nak menjejakkan kaki, melihat dan bersolat di..

Masjid Al-Aqsa (Jerusalam)

Masjid Nabawi (Madinah)

Masjid Haram (Makkah)

Masjid Haram (Makkah)

Mengikut artikel tu, saya dah tengok pakej pelancongan tu iaitu "Umrah & Ziarah 3 Masjid Utama" di http://safirgotravel.com/v2/index.php/component/k2/item/9-umrah-ziarah-ke-tiga-masjid-utama-dalam-islam-umrah-%20-ziarah-jordan-jerusalem-jericho-hebron-bethlehm-13-hari-12-malam-termasuk-2-malam-dalam-perjalanan

Syarikat pelancongan: Speed Travel & Tours Sdn Bhd di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi.. dekat dengan UKM. ^_^

Kalau dilihatkan keadaan kewangan sekarang memang xde kemampuan (belum kerja) tambahan tarikh tu pada tarikh nikah saya nanti (InsyaAllah) iaitu 3 Januari 2014. huhu.. memang takde rezeki. Apa pun tu dah jadi semangat untuk kumpul duit mulai sekarang. Semoga Allah murahkan rezeki dan permudahkan saya untuk pergi ke sana. Ameen.

Melalui laman sesawang syarikat tu, ada banyak tempat lain dengan satu tiket pelbagai destinasi. Rasanya berbaloi.. Berbeza dengan ejen pelancongan yang lain. ^_^

Sekian.

Thank You for view! ^_^

No comments:

Post a Comment