Thursday, 29 August 2013

Tempahan Baju Sanding Majlis Perkahwinan by Majee

Bismillah...

Saya dah mula tempah baju sanding dengan Kak Majee pada pertengahan bulan Ogos lalu. Dia memang khusus buat baju pengantin. Kedainya terletak di Alam Sentral, Shah Alam.

Baju sanding saya nanti InsyaAllah bergaun panjang dan berwarna peach macam kat bawah ni.. Gambar oleh Kak Majee..

Design baju sanding saya ^_^
Baju ni akan ada lace dan beads  pada pinggang, atas bahu dan pergelangan tangan baju. Termasuk juga veil.

Warna Peach macam dress ni
Baju gaun kat bawah ni rasanya terlalu cantik dan kelihatan mewah. Saya punya ringkas sedikit pada bahagian kain, tiada beads pada bahagian dada dan veil saya tak terlalu panjang.

Sumber: Google

Anggaran untuk siap baju saya dan tunang adalah pada 31 Disember ni.. Lebih kurang 4 bulan. 

Kalau pembaca berminat nak tempah, boleh tengok di :

Di situ ada jugak baju pengantin yang dah siap, boleh terus dibeli kalau ada saiz. 
Harga kebanyakan baju pengantin perempuan saya lihat RM850-RM950 kalau ada lining, so tak jarang. Kalau takde lining, sekitar RM400+.

Sumber : Facebook Seni Jari

Perkhidmatan selain tempahan baju, Kak Majee buat juga untuk inai tangan dan mekap kahwin.

Sekian ^_^

3 comments:

  1. salam..apa nama kedai akak majie tu ye?

    ReplyDelete
  2. Salam..boleh taw alamat kedai kak majiee nie.urgent!!..thx

    ReplyDelete
  3. Salam..boleh taw alamat kedai kak majiee nie.urgent!!..thx

    ReplyDelete