Friday, 18 October 2013

Gambaran Majlis Persandingan & Pernikahan

Bismillah...

Ni adalah ilustrasi benda yang saya harap menjadi petanda kepada tema majlis perkahwinan saya pada masa kejadian. InsyaAllah.

Majlis Persandingan...

Sewa Pelamin : Shayana Creation (FB: Shayana Creation)
Tempahan Baju Sanding : Kak Majee (FB: Seni Jari)
Tempahan Bunga Tangan : Fleur (FB: Fleur)


Majlis Pernikahan..

Untuk bunga tangan ni sebenarnya masih mempertimbangkan antara 2 warna.. warna lembut dengan warna ceria.. hmm


Sekian.. ^_^

Tema Warna Majlis Perkahwinan ~ Green Mint & Light Salmon

Bismillah,

Dah lama saya tengok contoh kad ni dari google.. memang suka dengan warnanya.. tak sangka nampaknya warna majlis perkahwinan saya rupanya bukan peach tapi light salmon .. dengan green mint. Agaknya memang dah takdir.


Nikah : Baju kurung moden dengan warna green mint + off white.
Sanding : Baju gaun panjang warna light salmon + off white dengan kain terbelah di tengah-tengah.

Sekian ^_^

Tema Warna Majlis Pernikahan : Green Mint & Off White (Pastel Color)

Bismillah..

Pada mulanya saya merancang nak buat/pakai (dengan cara sewa sebab dah tak nak guna) baju warna putih untuk majlis akad nikah tapi 'terbeli' kain chiffon beaded berwarna green mint, warnanya seakan gambar di bawah ni, bahagian gaunnya. Sesuatu yang tak dirancang, tapi rupanya memang dah takdir. Hati saya rupanya memang dah tertarik dengan warna green mint berbanding warna biru mint.


Atas baju: Off white
Bawah baju: Green Mint
Disebabkan masih ingin kekalkan unsur warna putih, maka saya kekalkan warna putih di bahagian atas baju dengan kain satin warna putih sebagai lining dan kain satin green mint sebagai lining di bahagian bawah kain.

Saya membayangkan baju yang akan siap akan jadi seakan macam ni..

GAMBARAN SEMENTARA:
Kain lining atas - putih
Kain lining bawah - green mint.
Tapi contoh gambar kain lebih bright. Green mint lebih light.
Disebabkan macam jarang orang buat dan nampak sedikit pelik or unik or ntahlah.. Tapi tawakal je lah.. Hopefully cantik dan sedap mata memandang. hmm..

InsyaAllah kakak akan hantarkan jahit di kedai jahit biasa kat Medan Mara, KL sebelah SOGO bersama dengan kain baju keluarga iaitu green mint juga ^_^.

Ni kain yang dibeli di JAKEL, KL.
Kain chiffon beaded manik dengan warna green mint 

Tapi untuk bunga tangan yang sesuai dengan baju nikah ni.. saya tertarik macam gambar kat bawah ni.. Dari majalah inspirasi perkahwinan edisi bulan Mei 2013.


Other Info : Baju disesuaikan dengan kasut dan bunga tangan..

Sumber: Google
Pada masa yang sama, saya membeli kain warna blue mint untuk diberikan sebagai contoh kepada tunang nanti untuk warna baju yang akan dipakai oleh keluarga belah lelaki pula. Hehe..

Semoga Allah memudahkan urusan saya. Dengan izin Allah. Amin.

Sekian ^_^

Thursday, 17 October 2013

Tema Warna Majlis Persandingan : Light Salmon & Off White (English/Pastel Color)

Bismillah..

Beberapa hari yang lepas adalah waktu yang sangat menekan saya kerana jumpa je tukang jahit untuk baju sanding saya, warna kain tak sama dengan warna yang mula2 dia cadangkan. Dulu pilih warna peach sekarang yang ada 'ditawarkan' kepada saya adalah berbeza kerana jenis kain yang dicari tiada warna peach yang dipilih. Ia seakan salmon color, warna baju yang saya pakai masa bertunang hari tu.. argh sapa nak warna sama lagi! >_< tapi yang ni warnanya lebih light.. so its light salmon.. not peach..  Dan kain baju laki berwarna dark salmon.. arghh! lagi geram marah tengok warna tu! tak pastel langsung >_< Dah lah tunang tak cerah sangat.. makin gelap lah.. >_< kemudian saya diberi pilihan warna off white..

(Moral of the story: Adalah lebih baik kita sendiri sediakan kain ikut warna yang kita nak untukdihantar jahit)

Sepanjang hari saya memikirkan pasal banyak perkara gara2 warna tersebut.. akhir sekali saya pasrah.. sebab saya rasa memang saya dah ditakdirkan pakai warna pink juga.. warna ni memang tak boleh 'lari' dari saya lah.. aduii..  hmm.. kan saya pernah cakap "takdir Tuhan itu cantik2 sahaja".. maka kita pun redha je lah... >o< Mungkin ada hikmahnya..

Selepas sekian hari mempertimbangkan & bertanya pendapat. saya cakap dekat - Kak Majee PIC untuk baju sanding saya yang saya terima warna yang ditawarkan (light salmon) dipadankan dengan baju lelaki melayu warna off white/cream.. bukan dark salmon tu.. huhu.. no no.. Mak tenangkan saya cakap 'okay' je sesuai.. Kak Majee turut membantu saya dalam nak matching kan hal baju ni.  Rupanya dia memahami saya juga.. Huhu ~

Lebih kurang baju gaun dress sanding saya (light salmon) & baju melayu laki (off white/cream) macam gambar di bawah ni.. saya rasa masuk sebab lace di baju perempuan warna off white/cream match dengan warna baju lelaki.


Sumber: Facebook Fashada Wedding Concept & Event
 Tapi kain baju tak panjang sangat macam ni.. sederhana sahaja.

Sumber: Facebook Fashada Wedding Concept & Event
Kain untuk buat baju saya dan tunang...tapi akhirnya saya memilih warna off white/cream untuk baju melayu lelaki.. sama warna dengan kain lining dan lace di baju.

Kiri : warna kain perempuan (light salmon)
Kanan : warna kain lelaki yang diberikan pilihan (dark salmon)
Saya rasa matching dengan bunga tangan kat bawah ni.. so saya tempah online di:
https://www.facebook.com/fleur.my

Walaupun mungkin tak sama 100% macam di gambar, tapi saya harap tak jauh beza.. dapat pada 23 Disember ni.. insyaAllah.. ^_^

Pilihan Bunga Tangan
Sekian..^_^