Friday, 18 October 2013

Tema Warna Majlis Pernikahan : Green Mint & Off White (Pastel Color)

Bismillah..

Pada mulanya saya merancang nak buat/pakai (dengan cara sewa sebab dah tak nak guna) baju warna putih untuk majlis akad nikah tapi 'terbeli' kain chiffon beaded berwarna green mint, warnanya seakan gambar di bawah ni, bahagian gaunnya. Sesuatu yang tak dirancang, tapi rupanya memang dah takdir. Hati saya rupanya memang dah tertarik dengan warna green mint berbanding warna biru mint.


Atas baju: Off white
Bawah baju: Green Mint
Disebabkan masih ingin kekalkan unsur warna putih, maka saya kekalkan warna putih di bahagian atas baju dengan kain satin warna putih sebagai lining dan kain satin green mint sebagai lining di bahagian bawah kain.

Saya membayangkan baju yang akan siap akan jadi seakan macam ni..

GAMBARAN SEMENTARA:
Kain lining atas - putih
Kain lining bawah - green mint.
Tapi contoh gambar kain lebih bright. Green mint lebih light.
Disebabkan macam jarang orang buat dan nampak sedikit pelik or unik or ntahlah.. Tapi tawakal je lah.. Hopefully cantik dan sedap mata memandang. hmm..

InsyaAllah kakak akan hantarkan jahit di kedai jahit biasa kat Medan Mara, KL sebelah SOGO bersama dengan kain baju keluarga iaitu green mint juga ^_^.

Ni kain yang dibeli di JAKEL, KL.
Kain chiffon beaded manik dengan warna green mint 

Tapi untuk bunga tangan yang sesuai dengan baju nikah ni.. saya tertarik macam gambar kat bawah ni.. Dari majalah inspirasi perkahwinan edisi bulan Mei 2013.


Other Info : Baju disesuaikan dengan kasut dan bunga tangan..

Sumber: Google
Pada masa yang sama, saya membeli kain warna blue mint untuk diberikan sebagai contoh kepada tunang nanti untuk warna baju yang akan dipakai oleh keluarga belah lelaki pula. Hehe..

Semoga Allah memudahkan urusan saya. Dengan izin Allah. Amin.

Sekian ^_^

No comments:

Post a Comment