Thursday, 29 August 2013

Tempahan Baju Sanding Majlis Perkahwinan by Majee

Bismillah...

Saya dah mula tempah baju sanding dengan Kak Majee pada pertengahan bulan Ogos lalu. Dia memang khusus buat baju pengantin. Kedainya terletak di Alam Sentral, Shah Alam.

Baju sanding saya nanti InsyaAllah bergaun panjang dan berwarna peach macam kat bawah ni.. Gambar oleh Kak Majee..

Design baju sanding saya ^_^
Baju ni akan ada lace dan beads  pada pinggang, atas bahu dan pergelangan tangan baju. Termasuk juga veil.

Warna Peach macam dress ni
Baju gaun kat bawah ni rasanya terlalu cantik dan kelihatan mewah. Saya punya ringkas sedikit pada bahagian kain, tiada beads pada bahagian dada dan veil saya tak terlalu panjang.

Sumber: Google

Anggaran untuk siap baju saya dan tunang adalah pada 31 Disember ni.. Lebih kurang 4 bulan. 

Kalau pembaca berminat nak tempah, boleh tengok di :

Di situ ada jugak baju pengantin yang dah siap, boleh terus dibeli kalau ada saiz. 
Harga kebanyakan baju pengantin perempuan saya lihat RM850-RM950 kalau ada lining, so tak jarang. Kalau takde lining, sekitar RM400+.

Sumber : Facebook Seni Jari

Perkhidmatan selain tempahan baju, Kak Majee buat juga untuk inai tangan dan mekap kahwin.

Sekian ^_^

Peperiksaan Terakhir di UKM

Bismillah..

Hari ni HARI TERAKHIR ambik peperiksaan di UKM! InsyaAllah harapnya.. Merdeka! ^_^

Sebelum tu, sebenar tiba-tiba saya sudah hilang mood untuk fokus belajar/amik peperiksaan ni, tapi mak cakap kakak saya tak sabar nak datang majlis graduasi saya nanti, terus saya semangat! Ishh.. yelah takkan tak nak belajar nanti tak lulus, tak bergraduasi pula..Padahal orang lain lebih teruja nak tengok saya ambik segulung ijazah nanti! Huu

Alhamdulilah soalan boleh jawab dengan mudah. Cuma saya macam kelam kabut nak hantar paper awal sebab tak nak balik pukul 5.30 petang konon takut jalan sesak. (saya patut tawakal... >_<)
Nasib baik, Allah bagi petunjuk dan kesempatan untuk saya semak semula rupanya ada satu soalan esei saya tak jawab! Haa.. tak jadi nak bangun hantar paper kat depan. Terus buat dalam keadaan gigil sebab kesejukan di dewan. Saya balik awal juga dalam 5.15 petang. Jalan..tak sesak pun. >_<

Ya Allah.. teringat pasal kelam kabut saya tu, saya mula sedar dah itu salah satu perangai/tipu daya syaitan. Napalah nak berkira sangat sesak?! tak pasal2 saya tak lulus pulak peperiksaan ni! Ishh.. >_<

Menariknya hari ni sebelum peperiksaan, saya singgah ke masjid UKM dulu untuk ulangkaji sebelum ke dewan peperiksaan, terserempak pulak dengan Shukri dan Wan Suraya kat tempat parkir kereta, bekas rakan kelas saya! Haha.. kebetulan.. Teringat bergambar bersama mereka kat masjid ni..hehe..


Wan Suraya (baju pink) dan Shukri (baju hijau)

Kami berborak lama jugak dan mereka minta hantar kad kahwin nanti.. Hehe.. malunya. @_@
Harap2 dapat jumpa mereka pada 28 Oktober ni untuk majlis graduasi. Amin.... 

Sekian ^_^

Wednesday, 21 August 2013

Photo Book Majlis Pertunangan

Bismillah..

Salam Syawal! Akhirnya dapat juga buat photo book majlis pertunangan saya! ^_^
Sampai pada bulan Puasa haritu. Tapi disebabkan pos ke alamat tunang di Johor, jadi dapat tengok masa raya.. huhu terlambat sudah.

Alhamdulilah. Puas hati. Kualiti boleh lah. Rasanya gambar yang dicetak nampak sedikit gelap dari yang asal.
Tapi keseluruhan puas hati sebab sampai cepat, tebal (40muka surat), kualiti kertas bagus dan ada software kita kena muat turun, dan boleh masukkan sendiri gambar.

Kos semuanya RM115 sahaja termasuk RM15 kos penghantaran. Jadinya RM100 sahaja untuk photo book ni! Sebelum tu saya ternampak di kedai kodak dan kedai gambar biasa, mereka caj sampai RM300/400! Kalo RM100+ dapat beberapa muka surat sahaja. Tapi yang ini sangat berbaloi!

Saya buat di http://www.photobook.com.my/ menggunakan baucer groupon di
http://www.groupon.my/deals/national-deal/Photobook-Malaysia/717099549?nlp=&CID=MY_CRM_1_0_0_168&a=715827970
pada masa promosi tu yang bernilai RM200+.

Maksudnya dapat diskaun RM200+ tu lah daripada harga sebenar Photo book tu. Jadi, hanya bayar RM100 sahaja untuk Photo book yang cantik ni.. ^_^

Bahagian depan kulit Photo Book

Antara gambar dalam bahagian dalam Photo Book

Bahagian kulit belakang Photo Book


Kalau ada budget boleh buat lagi untuk majlis pernikahan dan majlis persandingan nanti.
Yeayyy.. :D InsyaAllah..

Sekian..

Thank You for view! ^_^

Friday, 2 August 2013

Impian Melancong : Makkah, Madinah & Jerusalem

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Hari ni kat surat khabar Sinar Harian ada artikel pasal perjalanan penulis tersebut menjalani umrah serta lawatan ke 3 buah masjid utama dunia iaitu Masjid Nabawi (Madinah), Masjid Masjidil Haram (Makkah) dan Masjid al-Aqsa (Jerusalem). Dah lama saya mengimpikannya. Tapi disebabkan tak pernah nak 'search' rupanya memang ada syarikat yang buat perjalanan melancong ke sana. Bestnya sebab dapat pergi ke 3 tempat dalam satu perjalanan (satu tiket).

Impian saya nak menjejakkan kaki, melihat dan bersolat di..

Masjid Al-Aqsa (Jerusalam)

Masjid Nabawi (Madinah)

Masjid Haram (Makkah)

Masjid Haram (Makkah)

Mengikut artikel tu, saya dah tengok pakej pelancongan tu iaitu "Umrah & Ziarah 3 Masjid Utama" di http://safirgotravel.com/v2/index.php/component/k2/item/9-umrah-ziarah-ke-tiga-masjid-utama-dalam-islam-umrah-%20-ziarah-jordan-jerusalem-jericho-hebron-bethlehm-13-hari-12-malam-termasuk-2-malam-dalam-perjalanan

Syarikat pelancongan: Speed Travel & Tours Sdn Bhd di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi.. dekat dengan UKM. ^_^

Kalau dilihatkan keadaan kewangan sekarang memang xde kemampuan (belum kerja) tambahan tarikh tu pada tarikh nikah saya nanti (InsyaAllah) iaitu 3 Januari 2014. huhu.. memang takde rezeki. Apa pun tu dah jadi semangat untuk kumpul duit mulai sekarang. Semoga Allah murahkan rezeki dan permudahkan saya untuk pergi ke sana. Ameen.

Melalui laman sesawang syarikat tu, ada banyak tempat lain dengan satu tiket pelbagai destinasi. Rasanya berbaloi.. Berbeza dengan ejen pelancongan yang lain. ^_^

Sekian.

Thank You for view! ^_^