Saturday, 20 July 2013

Kau Ditakdirkan Untukku - Inteam ft. Suhaimi & Aden Edcoustic

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Bestnya bulan puasa, mesti ada lagu nasyid baru keluar.. Sekarang ni dari Inteam.. salah satu kumpulan kegemaran saya.. Albumnya: Iman & Aman

Sumber : Facebook
Dah lama nak dengar lagu terbaru mereka. Paling suka lagu Jatuh Bangun.. terkesan di hati kerana sama dengan keadaan saya sejak kebelakangan ini...

& satu lagi lagu Kau Ditakdirkan Untukku.. ~ Saya & Abang Felani... ^O^ ~
Semua lirik lagu dan muzik sangat menyenangkan hati. Subhanallah. Nikmatnya.
Indah sekali. Tenang je dengar ^_^



Lirik lagu: Kau Ditakdirkan Untukku
Sumber lirik : liriknasyid.com

Terucap syukurku.. Aku memilihmu
‘tuk menjadi teman hidup setia slamanya
Belahan hati ini.. Kini tlah terisi
Aku dan dirimu mengikat janji bahagia..

Dan berlayarlah kita renda keluarga meretas hidup bersama
Aku bahagia ku dipertemukan belahan jiwaku

Tuhan persatukan kami untuk slamanya hingga bahagia disurga-Mu
Pegang tanganku, tataplah mataku.. Engkau ditakdirkan untukku

Ikatan suci ini.. Slalu ‘kan ku jaga
Meniti sakinah.. Penuh Kasih Sayang dan Rahmat-Nya...

Untuk lagu penuh kena beli album.. Jom beli yang original k.. ^_^

Sekian.

Thank You for view ^_^

Friday, 19 July 2013

Jodoh dan Felani Bin Mohd Tauhed

Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Bila sebut JODOH.. pastinya kita tahu itu salah satu rahsia ALLAH kerana ia tergolong akan perkara-perkara ghaib.

Bila masuk Ramadhan pada tahun ini, sebenarnya saya teringat akan Ramadhan tahun lepas. Salah satu doa yang amat saya mohon pada ALLAH adalah “dipermudahkan jodoh”.  Doa dipanjatkan terutama pada waktu yang dikatakan ‘mustajab’ iaitu pada waktu tengah malam dan waktu menghampiri berbuka puasa. Ternyata ALLAH Maha Mendengar, Maha Mengabulkan, Maha Pengasih, Maha Mengetahui, Maha Berkuasa akan doa dan isi hati saya.

Sumber: Google

Pertemuan tanpa dirancang dengan lelaki bernama Felani Bin Mohd Tauhed ditakdirkan ALLAH pada hari Raya setelah sepanjang bulan Ramadhan saya berdoa. Saya tak berapa ingat mungkin pada minggu ke-2 bulan Syawal. Lelaki itu adalah abang sulung kepada kawan rapat saya di UKM iaitu Siti Sarah Binti Mohd Tauhed. Kami rapat semenjak menjadi JAKSA di kolej di UKM atau lebih tepat kami rapat kerana kami gemar membincangkan hal ehwal agama atau topik berkisarkan manusia dan agama.

Saya dan Sarah menjadi rapat sejak program BAKSIS KUO di
perkampungan orang Jawa, Selangor (Januari 2012)
Sarah bersama abang sulongnya, Felani di majlis pertunangan saya dan Felani
Pelik bin ajaib. Itulah manusia. Apabila memerlukan bukan main berdoa segala macam. Tapi bila ALLAH dah makbulkan.. sama ada lupa diri seketika atau menolak kerana bersangka ‘pilihan sendiri’ lebih baik. Maka untuk apa berdoa? Perkara ini membuat saya kembali berfikir. Tentang apa tujuan saya yang sebenar. 

Tinggal beberapa bulan tak lama dan tak juga sekejap.. majlis pernikahan saya dengan lelaki itu dengan izin ALLAH juga akan berlaku. Sebenarnya saya ingin pinda tarikh pernikahan atas alasan tertentu, tetapi entah kenapa saya percaya tarikh itu telah ditentukan oleh ALLAH. Saya ingin bertawakal dan redha.

Dalam keadaan sedar akan beberapa bulan sahaja sebelum menempuh alam perkahwinan, kadangkala kedengaran syaitan cuba membisik-bisikkan dalam hati saya yang lemah iman ini tentang banyak perkara. Perkara yang membuat saya menjadi tawar hati, berasa ragu-ragu dan was-was akan tindakan saya ini. Persoalan yang dilontarkan; “Betulkah aku akan berkahwin?”, “Betulkah aku akan mengahwini lelaki yang aku tak berapa kenali ini?” dan sebagainya.

Cerita ini tidak lain adalah untuk berkongsi menyelidiki semula hati kita yang kadangkala tidak sehaluan dengan tingkah laku disebabkan anasir-anasir luar atau lemahnya iman dan pendirian kita terhadap sesuatu.

Oleh itu saya ingin sentiasa sedar diri dan mengingatkan diri saya yang 'sebenar'. Untuk diri yang lemah ini... 

“Tahukah aku, betapa untungnya aku kerana setiap hajatku pasti ALLAH dengar dan mengabulkannya dalam sekelip mata. Dialah Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. Maka beranikah aku sekarang ingin mengingkari akan takdir / nikmat/‘jawapan’ yang telah ALLAH berikan.. sedarlah diri, betapa lemah dan kerdilnya diriku berbanding dengan kuasa ALLAH yang amat luas.

“Tahukah aku, walaupun lelaki itu bukanlah pilihanku sendiri, tetapi ALLAH telah memudahkanku bertemu dengannya. Maka itulah pilihan ALLAH.  Bukankah pilihan ALLAH atau takdir ALLAH itu lebih baik. Ingatlah kata-kata ini; Sesungguhnya ALLAH tidak menzalimi hambanya melainkan hambanya sendiri yang menzalimi diri sendiri.”

"Sekalipun aku mengenalinya namun tidak semestinya dia adalah dia yang sebenar. Kerana apabila aku duduk serumah/sebilik dengannya pada masa itu barulah aku mengenalinya yang sebenarnya. Bercinta selepas bernikah itu lebih baik dan manis. Ambillah peluang bertunang ini untuk mengenalinya. Gunakanlah nikmat pernikahan itu nanti untuk mencintainya".

"Wahai diriku, sedarlah akan diri sendiri. Usahlah takut akan masa hadapan yang kamu sendiri tidak pasti kerana syaitan itu suka menakut-nakutkan kamu apatah lagi akan perkara yang baik dan halal. Perkara masa hadapan itu adalah rahsia ALLAH dan ALLAH jugalah yang berkuasa mengaturnya. Berserahlah diri kepada ALLAH kerana sesungguhnya orang yang mengharapkan tali pergantungan / berserah diri/ bertawakal kepada ALLAH itu hatinya sentiasa tenang dan pasti akhirnya adalah suatu kejayaan/nikmat yang penuh hikmah. Redha lah akan ketentuan takdir yang telah ditetapkan oleh Tuhanku kepadaku."

Saya terbaca satu ayat:

"Kebenaran itu adalah datangnya dari Tuhanmu; oleh itu JANGANLAH SEKALI-KALI ENGKAU TERMASUK DALAM GOLONGAN ORANG YANG RAGU-RAGU."

(Ayat 147; Surah Al-Baqarah)

Sekiranya aku masih lemah katakanlah “Sesungguhnya aku bertawakal kepada Tuhanku” dan “Cukuplah ALLAH bagiku”..

*********************************************************************************
Untuk abang Felani, janganlah berkecil hati dengan penulisan ini. Mungkin saya berada di fasa membina keyakinan diri / menambahkan kembali iman/kepercayaan sepenuhnya akan takdir Tuhan setelah beberapa dugaan sebelumnya. Kadangkala membuat hati kita mudah berputus asa maka dengan mudah syaitan mengambil peluang memberi kata-kata hasutan..

Saya berharap kita menjadi suami isteri yang baik di sisi agama. Pimpinlah saya menjadi isteri dan ibu yang solehah kerana kelak abang adalah pemimpin dan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keluarga kita.

Abang Felani, semoga Allah menguatkan jodoh dan perasaan kasih sayang antara kita hingga ke Jannah. Ameen.

Tuesday, 2 July 2013

Gubahan Hantaran & Bunga Tangan Fresh Flower by Whatalovelywedding

Bismillah..

Sejak semalam saya tergerak hati nak tengok FB kak Fathin, whatalovelywedding. Promosi yang hari tu dah habis. Tak sangka ada promosi lagi hebat! Promosi ni bermula hari ni hingga Jumaat (3-7 Julai 2013).

Mari tengok promosinya ^_^


Nampaknya untuk promosi RM75 ada 4 pilihan dulang/bunga..wahh

Menurut kak Fathin, kalau ada dulang sendiri harganya masih tetap RM75. Okaylah rasanya, sebab kebanyakkan tempat saya tinjau harganya adalah RM70++ untuk artifial flower dan RM90++ untuk fresh flower. Saya rasa itu harga standard untuk semua tempat.

Bunga tangannya juga nampak menarik ^_^

Bunga Tangan Fresh Flower
Sebelum ni saya ada ke SACC Mall, Shah Alam terjumpa satu kedai bunga jual banyak bunga segar. Bile bandingkan harga saya rasa tempat ni lagi berpatutan berbanding di kedai bunga tu.  Hah! Pelik! Beberapa kuntum RM200! Nak letak dalam satu dulang! Kalau ada 7 dulang?? Dah lah kalau kita beli kena ubah sendiri. Ni hantar sekali mereka buatkan harga pun boleh diterima lagi RM95 but now they give promotion RM75 only! Haa .. mesti grab tau! InsyaAllah dipermudahkan. ^_^

Ni gambar di Majalah Inspirasi Perkahwinan (love this magazine sebab banyak idea English dan pastel) bulan Mei 2013 dimana props/setnya adalah dari whatalovelywedding juga.

My favourite magazine now! ^O^

Semuanya comel ^O^

Sekian.

Thank You for view! ^_^

Pilihan Barangan Door Gift: Carriage, Bekas Peach, Bunga Telur, Yasin, Asmaul Husna & Poket Kalendar!

Bismillah..

Hari tu saya dan mak dah tempah paper bag Door Gift dari Restu Rezeki Bakery House. Untuk VIP yang paper bag gambar carriage tu .. saya nak masukkan gula2 dalam carriage ni.. haha.. suka sangat!
tapi harganya agak mahal kalu dibeli sedikit. Saya tengah berfikir berapa kuantiti yang sesuai.

Carriage. Saiznya sangat kecil. 
atau gula2 dalam bekas ini..

Yang saya dah beli 50pcs adalah yang bercorak kosong warna peach.

paling penting nak masukkan surah Yassin.. kebetulan sesuai dengan tema warna, peach dan biru/hijau turqiose.. ^_^

Surah Yassin

lagi satu mak nak bagi bunga telur! Aduii... banyak pulak nak bagi. Saya jadi pening kepala.. Clash dgn. cadangan mak. Tapi saya tahu org tua mesti suka tradisi bunga telur. Saya pun suka juga.. bunga telur sediada adalah yang berwarna peach tu, yang mahal satu harga RM3.60! #$^^$&@ :(

Untuk paper bag yang berbentuk butterfly tu, di dalamnya memang dah ada kek bunga mawar (marble cake) Saya merancang nak masukkan buku Asmaul Husna juga di dalamnya. Muat sebab saiz poket. Saya pernah dapat buku tu masa majlis perkahwinan rakan pejabat, yang buat props sendiri tu. Memang bagudoor gift tu.. ^_^

Asmaul Husna berbentuk saiz poket

dan juga poket kalendar 2014. 


Walau macam mn pun, kalau kad jemputan kad kahwin dah ada kalendar, mungkin saya tak bagi lagi. Haaa.. rasa bertuah pulak sapa jadi tetamu saya kan.. Huhu.. hmm apa pun saya kena kira budget sekali lagi. Tengok macam mana nanti.. ^_^

Sekian.

Thank you for view! ^_^

Pilihan Photo Booth Corner by SuperCun Wedding Rental

Bismillah..

Semalam teringin nak buat tinjauan tengok idea photo booth. Haa.. terjumpa paling best, dekat je kat Meru, Klang. Kampung abah. Harganya berpatutan.

Antara banyak2, rasanya saya berkenan yang ini. Mirip kepada tema majlis. Benda ni disewa asing2. Saya tak rancang pilih semua. Jadinya jumlahnya hanya RM150 sahaja. ^_^

Phooto Booth yang bertemakan From Paris With Love

Mungkin saya akan sewa satu set ni, RM60 sahaja.


Rekaan photo booth DIY yang lain.. 





Siap masuk majalah. Patut cam kenal.hee
Harganya boleh tengok kat FB: https://www.facebook.com/SuperCunWedding
Blog/Website: supercun.blogspot.com, www.supercun.com  

Setiap barang yang disewa ada dinyatakan harga. Saya rasa untuk photo booth kalau saya jadi ambik, ini yang terbaik kerana sesuai dengan tema English dan harganya berpatutan. ^_^.

Sekian.

Thank You for view! ^_^

Guest Corner: Frame Pictures, Guest Book & Props

Bismillah..

Hari ni saya mula ke kelas short sem .. haa tahun lepas degil tak nak ambik.. kelas patut ada 2 tapi satu kelas dibatalkan..hmm.. sy tak duduk di kolej jadi ulang alik UKM ke PJ. Balik umah tak tahu nak buat apa, maka saya buat apa yang boleh. Ikut mood jugak.. hehe

Saya masukkan gambar dan nota ke dalam frame yang dibeli di kedai Romantika, Metro Point, Kajang beberapa bulan lepas. Harga bingkai gambar ni RM25 sahaja. Kira murah lah. Biasa tengok yang kecik pun RM30++. Barangan berbentuk english memang mahal sikit.




Tukar gambar masa tunang
Buat masa ini, semua gambar dalam frame ni dicetak guna printer biasa. Nak tengok kesesuaian gambar dalam bingkai.

Benda paling penting di bahagian guest corner semestinya guest book! Disebabkan banyak rekaannya yang tak menepati citarasa saya dan tema majlis serta harga terlalu mahal, maka untuk beberapa masa terdekat juga saya rancang untuk buat guest book sendiri, macam ini. Tapi material cover tu saya tak reti. Rasa macam susah nak cari.


Jadi saya nak tukar kepada lace macam ni.. InsyaAllah. Gambar book di bawah ni kebetulan hampir sama dengan yang gambar di atas. Kebetulan saya ternampak masa nak survey photographer di FB. Gambar ni di dalam salah satu album photographer Canvas Studio.

Credit to: Canvas Studio
Credit to: Canvas Studio
hmm.. rasa lebih mudah dengan lace sahaja. Yehh ^O^

dan satu lagi, nak cuba buat prop sendiri. Kawan di pejabat ada pengalaman buat sendiri dan bagitahu caranya. InsyaAllah, saya nak cuba juga.

Props yang dibuat sendiri oleh kawan di majlis perkahwinannya
Apapun kita hanya merancang yang terbaik. Semoga Allah memudahkan aktiviti ini.
Kita tengok macam mana nanti. ^_^

Sekian.

Thank You for view! ^_^