Sunday, 30 June 2013

Our Picture @ PixelWorks Studio (FB)

Bismillah..

Setelah rehat beberapa jam. Saya rasa nak tengok FB. Mesej saya di FB dibalas sekali lagi oleh orang PixelWorks Studio yang saya contact sejak semalam. Rupanya namanya abang Radzi. Dalam msg FB dia ucap terima kasih sebab datang booking.. eh.. dia nampak kami! dan dalam FB mereka ada upload gambar kami! alahai malu lahh! gambar tang peace pulak tuh.. hehe.. jakun plak + malu melampau tgk gambar sendiri kat page org lain. Huhu.. Terima kasih kepada   Kak Liza (pihak Sweet&Sour) dan kak Zila (pihak PixelWorks) atas layanan mesra mereka. ^_^
Muka mak tak masuk dalam gambar. Masa ni mak duduk sebelah kiri tunang. 

Ni link gambar.. (haha bantu promosi business mereka :p)

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10152995107055014&set=a.340933885013.354789.324181065013&type=1&theater

Ni pula link FB kak Liza dari Sweet & Sour Photo Design..

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=4367638848462&set=a.3949389752496.1073741825.1812680277&type=1&theater

Anyway, nampak juga kan harga promosi tu. Huhu.. Tapi promosi tu bakal berakhir 10 malam ni. Tak sangka hari ni hari terakhir mereka buat promosi harga tu walaupun pameran Kerja Kahwin habis esok, 1 Julai. Alhamdulilah. Allah permudahkan. ^_^.

Sekian.

Thank You for view! ^_^

Photographer & Cinematography by: Sweet&Sour Photo Design & PixelWorks Studio

Bismillah..

(sambung dari cerita Katering..)

Selepas tu, kami ke Pusat Kraf tangan, Jalan Conlay, KL. Huhu.. lepas sesat sekali tiba-tiba saya terpandang papan tanda “Jalan Conlay” belakang KLCC .. Alhamdulilah sampai! Hurey! ^O^

Dah sampai, macam biasa jalan2 tengok2 booth lain dulu. Pertama kali saya datang tempat ni. Banyak booth menarik sebab yelah banyak barangan kraftangan yang unik dipamerkan untuk dijual. Rasanya jiwa kraftangan saya sekarang dah menurunlah. Tengok dah kurang perasaan terujanya. Hehe. Teringat dulu zaman sekolah rendah suka kumpul barangan kraftangan ^_^. Maaf tiada gambar diambil disebabkan mengejar masa.

Tujuan sebenar kami ke sini adalah sebab nak buat tempahan photograher. Hehe.. yang PixelWorks Studio  yang saya nak sangat tulah sapa lagi (malahan sebelum jumpa jodoh ni lagi saya berminat dengan cara shooting mereka). Dah 2 hari sejak Jumaat saya buat tinjauan. Saya ada contact  photographer Pixel pagi semalam request price quotation. Dah tahu harga dengan semangat nak datang ^_^

Walaupun pameran Kerja Kahwin ni dah lama berlangsung sejak 19 Jun lagi, tapi baru hari ni saya dapat pergi kerana menunggu tunang balik KL. Nak pergi bersama2. Dia kerja di Johor. Sebulan sekali baru balik KL. Kali ni tak nak terlepas lagi peluang harga promosi sejak  tak jadi ambik masa promosi  beberapa bulan lepas Open Day.. hmm frust gak :(
  
Tapi promosi kali ni berbeza sedikit sebab untuk photo shoot adalah dari Sweet&Sour Photo Design. Saya dah tengok album mereka di FB. Hmm walaupun dalam hati prefer Pixel..huhu.. tapi saya boleh terima their photo shoot. Lagi satu, gambar dalam album mereka lebih besar due to their bigger album size.. 10"X 14"  than Pixel's. Manakala Pixel buat video sahaja instead of photo shoot. Okay lah sebab Pixel memang sangat hebat dalam pembikinan video juga. ^_^ . Satisfied!

Akhirnya, kami sepakat (setelah memujuk & meyakinkan tunang akan kebaloian harganya) pilih pakej Combo Photo + Cinema (2 events)… bukan sahaja foto untuk nikah + sanding + outdoor malahan ada 2 video untuk nikah & sanding! Haaa.. bajet macam artis pulak! Lantak lah.. majlis saya.. suka hati lah! Hehe.. Ni bukan video biasa tapi cinema ada beza ..

Saya tak nak sebut harga di sini sebab memang berbaloi.. Kalau sebut harga nanti ada yang terbakar kerana kecemburuan yang tinggi! Haha.. melampau punya ayat.. hehe..

Credit to: PixelWorks Studio
 Ni yang Open Day hari tu..

Mungkin sesetengah orang tak ambil berat pasal hal ni .. maksud saya mereka tak cerewet dengan cara shoot, kualiti gambar dll. kriteria yang saya perhatikan.. tapi bagi saya yang amat meminati bidang fotografi ni.. mestilah ambik berat! apatah lagi majlis kahwin sendiri! Haa gila tak kisah. hee
Promosi jap.. jom tengok cinematography Pixel Works Studio ni.. Memang marvelous! ^O^

Website: http://pixelworks.com.my/


Sweet&Sour Photo Design pula ada produk yang unik iaitu nugget album. Unik dan comel. ^_^

Credit to: Sweet&Sour Photo Design
Untuk pakej combo ni, tak semena-mena kami dapat free nugget album yang unik dan comel ni. Saiz yang diberi 2R. Alahai kecil & comel ^_^


Well ada juga hikmah kami tak book pakej yang Open Day tu..yang membuat kan saya rasa sedikit frust. Sebabnya Allah lebih permudahkan kami untuk dapatkan pakej yang ini. Memang terbaik. Alhamdullilah. Tepati citarasa saya. Settled! ^O^

Always in my mind that...

"Biar apa pun yang berlaku pada kita. Mesti ada hikmah yang harus difikirkan. Think positive in God. At last u'll say, "Takdir Allah cantik-cantik sahaja"

Good thing. ^_^

Sekian.

Thank You for view! ^_^

Catering by: Sri Angsana Canopy & Caterer

Bismillah…
Alhamdulilah hari ni keluar dengan mak lagi dan kali ni dgn tunang saya.. ishh pelik lak panggil tunang. Biasa panggil abg.. abg Fel.. hehe.

Well, hari ni kami rancang nak ke Ampang, tempah katering. Kami sepakat nak tempah katering dari Sri Angsana Canopy & Caterer. Dulu masa tahun 2010, masa Kak Ayu kahwin tempah kat situ. Sejak ramai orang yang puji makanannya sedap, jadi mak paling cadangkan tempat ini juga. Harganya amat berpatutan. Sebenarnya ini kali kedua kami ke sana. Dulu hanya berbincang & buat test food then try survey tempat lain dari pelbagai aspek.. tapi akhirnya ini yang terbaik bagi kami. Hah setelah bayar deposit, selesai juga. Settled 1 thing. Alhamdulilah ^_^        



Sekian.

Thank You for view! ^_^                                                                                       

Door Gift by: Restu Rezeki Bakery House

29 June 2013 - Saturday

Bismillah..

Hari ni keluar dengan mak untuk buat tempahan door gift dari vendor Restu Rezeki Bakery House..


Haa alkisahnya nasib baik saya tengok kat fb mereka malam sebelumnya rupanya mereka join The Exclusive Wedding Exhibition kat Laman Qaseh, Seksyen 7.. so tak yah susah2 nak ke Jalan Kebun, Shah Alam sebab kat Seksyen 7 lebih dekat. ^_^


Sejak tengok kat website mereka, saya dah target nak kotak door gift Rose English.. sweet gile! Haa.. ^O^ 




suka hati je saya ambik gambar.. huu
dalam kotak tu, kami pilih kek mawar ...
Terdapat lima perasa, setakat ni kami pilih 100 kotak untuk setiap perisa.
Tapi sampai kat tempat ni, tiba2 ternampak paper bag 2x sweet!! 

Comel sangat!! Tapi isinya belum diputuskan lagi.
Haaa.. sesuai dengan warna tema dan tema English saya! Rasa nak nangis terharu jumpa yang saya nak selama ini! >_< Yahoo dah jumpa!! ^O^ Alhamdulilah.  Haa..  untunglah sapa jadi tetamu kami kan.. ^_^

Ini semua atas berkat cadangan mak untuk pilih vendor ni. Tak sangka rekaan paper bag mereka sangat menepati cita rasa saya! Sayang mama! ^O^

Mereka bagi kami percuma 4 kek mawar macam marble kek lah dan 1 bahulu gulung. Alhamdulilah bawa balik rezeki. Hehe..terima kasih. Settled 1 thing! Syukur. ^_^



Sekian.

Thank You for view! ^_^

Tuesday, 25 June 2013

Pilihan Reka Bentuk Kad Kahwin: Gambar + Kalendar

Bismillah...

Entah napa dapat idea nak letak gambar ni.. gambar sendiri. Huh saya jenis tak suka letak gambar sebenarnya tapi cam comel pulak bentuk landscape dan latarbelakang gambar.. Macam sesuai. Jadi akhirnya terus saya edit plus letak kalendar 2014.


Gambar ni sedikit kabur tak boleh nak adjust dah. Perhatikan pada simbol LOVE warna merah.. haaaa tu tarikhnya. Bagi tetamu ingat. ^_^

Kalendar 2014. Sumber: Google
Di dalam kad macam biasalah kata-kata undangan dan peta lokasi ke majlis..
Tapi yang muka depan dan belakang macam ini.

Tadaaa! ^_^

Agak2 abang Fel suka tak? hee... tapi kosnya mesti mahal sebab warna nak banyak untuk gambar dan juga reka bentuk peta dan kalendar. Hmm.. Tengok budget ya.

Sekian.

Thank You for view! ^_^

Pilihan Beg Tangan: LovePink (Korea)

Bismillah..

Tak tahu kenapa saya ada masalah nak cari beg tangan yang mengikut citarasa saya. Akhirnya jumpa satu di One Utama, PJ kat ISetan. Beg tangan jenama LovePink dari Korea. Memang cantik! Harga pun 'cantik'! Haha.. Tengok jelah kecomelannya.. cair ..

RM399

RM399

RM329

RM329

Ni pula beg-beg yang lain sumber dari Mr Google..




Hehe.. comei kan. Saya memang suka warna putih, sweet pink dan ada permata. Hah! Lawa sgt! 
Apa pun, kena ikut badget gak. Buat masa ni beg no. 1 pilihan saya. Yang lain macam Dorothy Perkins dan Vincci, saya suka jugak. Tapi kebanyakkanyasudah  habis sebab harga memang mampu milik. :(
Tapi jualan beg LovePink ni seemed a bit slow sebab price hampir RM400 tu! However, let see then. :)

Sekian.

Thank You for view ^_^

My Friend's Wedding: Nurul Ain Hassan @ Bandar Puteri, Klang

8 Jun 2013 - Saturday

Bismillah,

Alhamdulilah, akhirnya sampai juga ke kenduri kahwin kawan saya, Nurul Ain. Tempat kenduri ni kat Bandar Puteri, Klang.

Sedikit cerita pasal kawan saya ni. Dia adalah rakan kelas saya semasa di Politeknik Ungku Omar (PUO), Ipoh Perak. Kami sama2 ambik jurusan Diploma Akauntansi selama 3 tahun. Sepanjang saya belajar di sana, saya duduk sebilik dengannya pada semester 3 (2004) dan serumah pada semester 6 (2006) di rumah sewa Taman Cempaka. Seingat saya, Ain berasal dari Shah Alam. Tapi sekarang dah pindah ke Klang. Dulu saya pernah panggil dia "Hidung bukit" err.. napa eh.. teruknya saya. Hmm sebabnya adalah tu. Tak nak cite. Malu kot.. hehe..

Well, sampai je tempat majlis, benda pertama saya 'terkam' dulu untuk ambik gambar adalah Guest Corner.. macam biasalah tempat nak tulis ucapan kepada pengantin. Nampak ringkas tapi menarik tengok.


Pastu tercari2 juga kawan2.. Hmm mak dulu dah ternampak Arina! Wahh dia tengah syok makan dengan suaminya. Ni pun pengantin baru juga. Tapi saya tak dapat datang sebab dia buat kat tempat dia Muar, Johor.. jauh.. Baru kahwin bulan Februari lepas.. wahh kahwin pada bulan sama hari lahir.. macam saya nanti, InsyaAllah..hehe..

Arina dan suaminya, Hisham
Arina juga kawan serumah saya semester 3 (2004) dan semester 6 (2006). Saya kenal dia melalui Ain. Dia ambik jurusan elektrik. Asal orang Johor. Orangnya sentiasa senyum dan sedikit kecoh..hehe. Tengok gambar tuh! ^_^

Hmm.. Door Gift kenduri... cantik warnanya.. Tema pengantin Ungu. Pink pun ada gak. Campur maybe. Memang pilihan warna Ain nih.. :)


Antara hantarannya.. sempat ambik gambar jap sebelum naik atas rumah untuk jumpa pengantin tengah bersolek. Tiada gambar. Tau jelah pengantin tengah solek mana ada pakai tudung. Huu..


Tengah saya syok2 makan pula, saya terpandang seorang wanita bersama seorang lelaki berjalan ke arah saya dan tersenyum2. Dia bawa anak perempuan comei.. Haa! Diyana! Kami panggil dia Dee. Hmm tak sangka dia dah ada anak! Laki tu suami dia. Pelajar PUO jugak.. Kenal sangat. Hehe.

Ni dia anak Dee. Alamak namanya lupa sudah.. hehe.. Comeiinya ^_^


Dee malu2 plak nk bergambar.  Haishh susah betul nak ambik gambar mak dan anak nih.. Haishh.. Tengok tu bukan main dia 'nyorok' belakang anak dia.. errr haha






Diyana Hussin ni juga adalah kawan sekelas saya di PUO, sama2 ambik Diploma Akauntansi. Dia adalah rakan sebilik dengan saya masa semester akhir, semester 6 (2006). Asal dari Ampang. Hmm sepanjang duduk sebilik ada moment lucu yang kami masing2 tak dapat lupakan. Tak yah lah cite malu kot. Hehe..

Bergambar kenangan.. lama tuh sejak 2009 or 2010, masa Dee kahwin dulu, baru sekarang kami dapat jumpa balik ni.

Back to last memories...

Masa ni tahun 2006.. semester akhir / semester 6..wahh lama tuh...
Mereka semua adalah kawan serumah saya. Kami bergambar kenangan pada hari2 akhir ke kuliah.
Pada masa ni waktu pagi tak silap saya nak ke kelas jam 8pagi. Kebetulan pulak semua orang nak ke kelas pada waktu yang sama, jadinya kami ambik peluang ambik gambar.

Well, gambar ni guna kamera saya yang pertama kali beli selepas dapat duit PTPTN pada masa semester 1. ishh teruknya. Apa boleh buat dari dulu rupanya saya memang suka ambik gambar! Haa.. Setiap semester ada je gambar saya ambik. Berhabis gak duit cuci kodak dulu. Sekarang tak dak dah zaman cuci2 gambar nih.. heee

Gambar ni diambik oleh Azmina. Rakan kelas saya jugak. Seingat saya dia duk satu malam kat umah kami so masa nak pergi ke kelas pagi tu pun sama2. Saya dapat idea untuk ambik gambar dan minta tolong dia. Now, what a history.. 

Dari kiri, Wardiana Jamaludin , Nurul Ain Hassan, 
 Diyana Hussin dan Arina Yusof
Haha.. saya masih ingat lagi nama penuh mereka. Padahal saya ni jenis cepat lupa nama org. Hmm..

Dengar cite, Wardiana dan bertunang. Now Ain baru kahwin, Dee dah ada anak. Arina pun baru kahwin. So tinggal saya dan Wardiana je. Apa pun lambat jugak jodoh kami serumah ni.. Hehe..

Tapi now... Jeng2x!
Kini giliran Ain meniti bahagia berumah tangga! Tahniah.. I'm happy for her ^_^

Ain memilih kawan pejabatnya kat Tesco untuk jadi teman hidup. Semoga berbahagia hingga akhir hayat. Ameen.

Ain dan Hakim

 

Disebabkan Arina dah balik awal..sampai Dee pun tak sempat jumpa .. mungkin ada hal manakala Wardiana tak datang. Yelah jauh. Dia orang Perak. Makanya hanya saya dan Dee sahaja yang sempat jumpa dan bergambar dengan Ain.

Bergambar bersama pengantin..

Kalau kawan2 serumah saya ada mesti dapat buat sejarah lagi..hehe.. BEFORE and AFTER pada gambar Takpe.. InsyaAllah ada peluang lagi. ^_^

Okay, sebab mak tak berapa sihat dan cuaca sgt panas. Maka kami pun balik. Tak sempat pun nak gi tengok gubahan hantaran by Whatalovelywedding.. maybe next time.. Huhu.

My mama :)
Sekian..

Thank You for view! ^_^

Friday, 7 June 2013

Pilihan Gubahan Hantaran by whatalovelywedding

Bismillah..

Hari ni beli majalah Inspirasi Perkahwinan Julai 2013.. nampak sekali lagi tentang whatalovelywedding ni..
Dekat je kat Alam Budiman,  Seksyen U10 Shah Alam.

  • Alamat penuh : 36, JALAN PULAU LUMUT Q U10/Q, SEKSYEN U10, ALAM BUDIMAN, SHAH ALAM

Alkisahnya baru teringat nak tengok kat facebook, kebetulan rupanya ada promosi mulai hari ni hingga ahad.. (7-9 Jun 2013). Sesuai dengan tema sebab mereka memang guna konsep gaya English..

Hmm anyway harga tu kena fikir dan survey.. mesti nak bebaloi..

Contoh lain..


Rupanya dulu Irma Hasmie bertunang pun tempah kat sini.. so sweet.. ^_^



Antara gubahan hantaran majlis Irma Hasmie ^_^

Untuk tengok yang lain boleh layari : https://www.facebook.com/whatalovelywedding
dan whatalovelywedding.blogspot.com, whatalovelywedding.wordpress.com

Sekian...

Thank You for view! ^_^

Pilihan Jurugambar Kahwin by PIXELWORKS PHOTOGRAPHY & VIDEOGRAPHY

Bismillah..

Wah ada sekali lagi promosi dari Pixelworks!
19 Jun - 1 Julai 2013! Kat Kompleks Kraftangan, Jalan Conlay, KL.. hmm katne tuh... >_<
Kali ni insyaAllah nak g jugak.. nak tempah..
Suka sangat tengok gambar dorang ambik! Style glow ..
Harap abang Fel setuju untuk tempah kali ni.. hmm >_<

Cuba tengok gambar dorang ambik kat web : www.pixelworks.com.my
dan facebook : https://www.facebook.com/PixelworksCreative


Sekian..

Thank You for view! ^_^

Thursday, 6 June 2013

Buku Catatan & Buku Bacaan Kahwin

Bismillah..

Bermula dari bulan Mac lagi saya dah jadikan satu buku untuk catatan dan peringatan untuk persiapan kahwin.. haa tulah saya sangatlah sistematik konon.. bukan apa saya jenis cepat lupa maka memang kena catat.

Jeng jeng! 

hehe.. cam budak 2 plak :p





Ni pula buku-buku yang saya tebus dari baucer buku siswa.. hehe jimat duit .. dah tebus, kenalah baca untuk tambah ilmu lagi kan.. hmm interesting ^_^






Sekian..

Thank You for view! ^_^

Pilihan Kad Kahwin by Oniedegraphy

Bismillah..


Haa.. dalam pencarian yang amat memakan masa tetiba saya terjumpa satu kad yang comel sangat. Sangatlah memenuhi citarasa saya..
Blog tu:  oniedegraphy.blogspot.com


Harganya hmm quite okay lah.. Cik Onie tu bagi saya RM1.20/keping untuk 300 keping. Tak tempah banyak. Yang terpilih jelah.. yang mana kenalan yang saya dah tahu boleh menghargai pemberian saya, berazam memang nak datang serta jenis suka menyimpan barang majlis sebagai kenangan.. itu lah mereka.. haa gitu :p

Yang penting pasal kad ni saya suka sebab warna pastel tu dan kalendar! Sebab tarikh kahwin saya 5 Januari 2014.. dengan izin Allah.. Jadinya nak bagi tetamu kalendar 2014. Sesuai sangat!!

Walau apa pun kita hanya merancang. Buat masa ni, ni lah kad yang saya rasa paling sesuai. ^_^

Sekian..

Thank You for view! ^_^

Wednesday, 5 June 2013

Pilihan Pelamin Dewan Persandingan by Shayana Creation

Bismillah..

Jom cuci mata tengok Pelamin Tirai Dewan. Sangat menepati citarasa saya!
Suka sangat! Dari http://dshayanacreation.blogspot.com/

  



       



Sekian..

Thank You for view! ^_^