Tuesday, 25 June 2013

My Friend's Wedding: Nurul Ain Hassan @ Bandar Puteri, Klang

8 Jun 2013 - Saturday

Bismillah,

Alhamdulilah, akhirnya sampai juga ke kenduri kahwin kawan saya, Nurul Ain. Tempat kenduri ni kat Bandar Puteri, Klang.

Sedikit cerita pasal kawan saya ni. Dia adalah rakan kelas saya semasa di Politeknik Ungku Omar (PUO), Ipoh Perak. Kami sama2 ambik jurusan Diploma Akauntansi selama 3 tahun. Sepanjang saya belajar di sana, saya duduk sebilik dengannya pada semester 3 (2004) dan serumah pada semester 6 (2006) di rumah sewa Taman Cempaka. Seingat saya, Ain berasal dari Shah Alam. Tapi sekarang dah pindah ke Klang. Dulu saya pernah panggil dia "Hidung bukit" err.. napa eh.. teruknya saya. Hmm sebabnya adalah tu. Tak nak cite. Malu kot.. hehe..

Well, sampai je tempat majlis, benda pertama saya 'terkam' dulu untuk ambik gambar adalah Guest Corner.. macam biasalah tempat nak tulis ucapan kepada pengantin. Nampak ringkas tapi menarik tengok.


Pastu tercari2 juga kawan2.. Hmm mak dulu dah ternampak Arina! Wahh dia tengah syok makan dengan suaminya. Ni pun pengantin baru juga. Tapi saya tak dapat datang sebab dia buat kat tempat dia Muar, Johor.. jauh.. Baru kahwin bulan Februari lepas.. wahh kahwin pada bulan sama hari lahir.. macam saya nanti, InsyaAllah..hehe..

Arina dan suaminya, Hisham
Arina juga kawan serumah saya semester 3 (2004) dan semester 6 (2006). Saya kenal dia melalui Ain. Dia ambik jurusan elektrik. Asal orang Johor. Orangnya sentiasa senyum dan sedikit kecoh..hehe. Tengok gambar tuh! ^_^

Hmm.. Door Gift kenduri... cantik warnanya.. Tema pengantin Ungu. Pink pun ada gak. Campur maybe. Memang pilihan warna Ain nih.. :)


Antara hantarannya.. sempat ambik gambar jap sebelum naik atas rumah untuk jumpa pengantin tengah bersolek. Tiada gambar. Tau jelah pengantin tengah solek mana ada pakai tudung. Huu..


Tengah saya syok2 makan pula, saya terpandang seorang wanita bersama seorang lelaki berjalan ke arah saya dan tersenyum2. Dia bawa anak perempuan comei.. Haa! Diyana! Kami panggil dia Dee. Hmm tak sangka dia dah ada anak! Laki tu suami dia. Pelajar PUO jugak.. Kenal sangat. Hehe.

Ni dia anak Dee. Alamak namanya lupa sudah.. hehe.. Comeiinya ^_^


Dee malu2 plak nk bergambar.  Haishh susah betul nak ambik gambar mak dan anak nih.. Haishh.. Tengok tu bukan main dia 'nyorok' belakang anak dia.. errr haha






Diyana Hussin ni juga adalah kawan sekelas saya di PUO, sama2 ambik Diploma Akauntansi. Dia adalah rakan sebilik dengan saya masa semester akhir, semester 6 (2006). Asal dari Ampang. Hmm sepanjang duduk sebilik ada moment lucu yang kami masing2 tak dapat lupakan. Tak yah lah cite malu kot. Hehe..

Bergambar kenangan.. lama tuh sejak 2009 or 2010, masa Dee kahwin dulu, baru sekarang kami dapat jumpa balik ni.

Back to last memories...

Masa ni tahun 2006.. semester akhir / semester 6..wahh lama tuh...
Mereka semua adalah kawan serumah saya. Kami bergambar kenangan pada hari2 akhir ke kuliah.
Pada masa ni waktu pagi tak silap saya nak ke kelas jam 8pagi. Kebetulan pulak semua orang nak ke kelas pada waktu yang sama, jadinya kami ambik peluang ambik gambar.

Well, gambar ni guna kamera saya yang pertama kali beli selepas dapat duit PTPTN pada masa semester 1. ishh teruknya. Apa boleh buat dari dulu rupanya saya memang suka ambik gambar! Haa.. Setiap semester ada je gambar saya ambik. Berhabis gak duit cuci kodak dulu. Sekarang tak dak dah zaman cuci2 gambar nih.. heee

Gambar ni diambik oleh Azmina. Rakan kelas saya jugak. Seingat saya dia duk satu malam kat umah kami so masa nak pergi ke kelas pagi tu pun sama2. Saya dapat idea untuk ambik gambar dan minta tolong dia. Now, what a history.. 

Dari kiri, Wardiana Jamaludin , Nurul Ain Hassan, 
 Diyana Hussin dan Arina Yusof
Haha.. saya masih ingat lagi nama penuh mereka. Padahal saya ni jenis cepat lupa nama org. Hmm..

Dengar cite, Wardiana dan bertunang. Now Ain baru kahwin, Dee dah ada anak. Arina pun baru kahwin. So tinggal saya dan Wardiana je. Apa pun lambat jugak jodoh kami serumah ni.. Hehe..

Tapi now... Jeng2x!
Kini giliran Ain meniti bahagia berumah tangga! Tahniah.. I'm happy for her ^_^

Ain memilih kawan pejabatnya kat Tesco untuk jadi teman hidup. Semoga berbahagia hingga akhir hayat. Ameen.

Ain dan Hakim

 

Disebabkan Arina dah balik awal..sampai Dee pun tak sempat jumpa .. mungkin ada hal manakala Wardiana tak datang. Yelah jauh. Dia orang Perak. Makanya hanya saya dan Dee sahaja yang sempat jumpa dan bergambar dengan Ain.

Bergambar bersama pengantin..

Kalau kawan2 serumah saya ada mesti dapat buat sejarah lagi..hehe.. BEFORE and AFTER pada gambar Takpe.. InsyaAllah ada peluang lagi. ^_^

Okay, sebab mak tak berapa sihat dan cuaca sgt panas. Maka kami pun balik. Tak sempat pun nak gi tengok gubahan hantaran by Whatalovelywedding.. maybe next time.. Huhu.

My mama :)
Sekian..

Thank You for view! ^_^

No comments:

Post a Comment