Tuesday, 28 May 2013

Meriahnya Raya Bersama Anak Yatim!

24 September 2011 (Sabtu)

Alhamdulilah.. alhamdulilah!! Itulah yang saya mampu katakan.. apabila hasrat saya selama bertahun2 sebelum masuk UKM pun, akhirnya tercapai.
Begitu banyak cabaran, rintangan dan kesukaran ynag saya harus harungi dalam menjadikan impian saya tercapai! Tapi dengan keizinan Allah akhirnya impian ini menjadi kenyataan.

Berikut adalah maklumat mengenai program ini:

Nama Program : Meriahnya Raya Bersama Anak Yatim! (cuba sebut dalam keadaan separa jerit.. hehe)
Tempat : Rumah Penyayang Kuala Langat, Banting, Selangor
Anjuran/Tajaan : Inisitif saya dan rakan-rakan. Tiada tajaan melainkan sumbangan masyarakat sekitar.
Jumlah peserta anak yatim : 40 orang (kanak-kanak dan remaja)
Ahli Jawatankuasa Program : 15 orang

Sebelum tu, persiapan program..
Ada surprise!! ^o^

Surprise birthday celeb. untuk TKP Program, Yana!
Orang kuat saya untuk program nih


Mengasing-asingkan pakaian terpakai sumbangan masyarakat sekitar

Membungkus hamper hadiah

Ermm saya dan Tiqa 2 jam mencari kek di Bangi nih.. punyalah tak tau tempat..sabar jelah >_<

Pada hari kejadian... semua menyanyi kegembiraan dalam bas.. haha.. gurau je.. dalam hati saya  plak berdebar2! Yelah ni kali pertama saya buat program malahan tajaan sendiri.. cabaran belum habis selagi program ni belum tamat..





Saya.. senyum tawar err gementar lah.. >_<

Singgah jap kat Pantai Morib.. sempat plak.. hehe.. tak kira pakcik bas kena berhenti gak! hehe..


Tak senang hati betul nak bergambar sebab banyak plak kera menganggu! argh


Dalam program ni, semua AJK adalah kawan rapat saya sendiri.. kira program suka suki tapi mesti nak bermanfaat  gitu.. hehe..saya cuba menggabung kawan Melayu, India dan Cina. Tapi kawan Cina takde plak yang rapat kalau nak cari dahj kesuntukan masa. Tapi dah ada lain-lain bangsa .So okay lah tu. Kaum adam plak last minute tarik diri.Ceh!

Dah sampai destinasi, Alhamdullilah...



Kata alu-aluan kedatangan kami dari wakil rumah anak yatim





Aktiviti pertama, Sains Dalam Sukan..
Ingat kembali kenalan yang saya cakap semasa di masjid UKM pada bulan puasa yang lalu.. haa ni lah aktiviti yang Kak Saleha cakapkan.. anak-anak yatim paling seronok main.. PC tumpang sama.. hehe

Penerangan ringkas dari Kak Saleha Binti Seth

Kak Saleha sedang menunjukkan cara permainan ini


PC bersama kumpulan masing-masing.. saya je takde kumpulan... ada patut?? yelah kena tinjau sume aktiviti program supaya berjalan lancar.. ermm lain kali nak jadi ahli je lah >_<









Dimana-mana mesti ada kucing.. hmm nak gak main dgn air tu.. hiii


Join kumpulan Tiqa... yelah jadi pemerhati je, takde kumpulan .. huhu
Pada masa aktiviti sukan tersebut dijalankan, aktiviti mengecat mural di dinding pun kami buat. Hmm atas permintaan SU rumah anak yatim ni.. Encik Yun Hanimi. Kenangan serta sebagai 'tanda bukti' lawatan kami.. heehhhh

Cat mural sikit2 je sebab dah takde ruang.
Bergambar dgn. adik yang comel. Nama? Hehe. sy mmg tak ingat nama..sory >_<
Aktiviti belah petang, macam2 .. pertandingan makan kuih biskut raya, menulis kad raya dan membuat ketupan hiasan..semuanya menggunakan kertas recycle paper warna-warni yang masih okay.. kita mesti nak pelihara alam sekitar kan.. hehe



Saya menunjukkan contoh ketupat hiasan yang telah siap

Yana pun turut menerangkan tentang aktiviti yang dijalankan

Ahli Jawatankuasa Program dengan Penyelia Program, pensyarah kesayangan saya ,
Prof. Madya Dr. Md Zyadi Bin Md Tahir

Bergambar kenangan dengan anak-anak yatim

Bergambar kenangan dengan wakil rumah anak yatim, SU Encik Yun Hanimi (berbaju hitam)
Dengan Encik Yun Hanimi, saya banyak berkomunikasi untuk program ni..
Kritikan beliau, saya terima..  >_< okay fine protokol program teruk sebabnya kami tiada pengalaman dengan anak-anak/ kanak-kanak yang agak agresif.. opps keduanya ini adalah program pertama .. haha alasan bernas! tapi orang lebih tua tegur terima jelah untuk pembaikan masa depan kan. Yang penting, jangan berputus asa untuk membuat program/ aktiviti kebajikan seperti ini lagi. ^_^

Oh ya, terima kasih kepada semua AJK program ini. Segala susah payah kita harungi bersama terutama dengan penolong saya, Yana. Hanya Allah sahaja yang tahu. Maaf kalau ada terasa dengan ketua yang garang ni kot. Manalah tahu kan sebab di sepanjang program ini, saya perasan ada yang buat muka cam tak puas hati bila saya bagi arahan. Ntahlah.. mungkin masing-masing stress dengan budak-budak ni atau apa. Allah sahaja yang tahu.

Walaubagaimanapun, alhamdulillah selesai akhirnya!

Sekian...

Thank You for reading! ^_^

No comments:

Post a Comment