Alkisahnya, hmm dulu tak pernah rasa nak ada mini pelamin pun even nak bertunang.
Tapi dah takdir, rasanya kena bertunang juga semoga saya dan si dia serta keluarganya dapat kenal lebih rapat. Pada masa sama, dalam 6 bulan nanti juga kami ada masa untuk buat persiapan yang lebih besar.
Pasal pelamin pula, akhirnya tempah juga sebab pada hari sama, kakak sulong akan bernikah kali kedua.
So, jadinya adalah mini pelamin ni. Sebab ada 2 majlis.
Ambil masa juga nk search mini pelamin yang menarik dan sesuai dengan tema. Akhirnya jumpa juga mini pelamin comel dari butik Stazurin Weddings.
Harga pelamin ni RM500 sahaja. Tambah dengan kos pengangkutan RM50 (kawasan Shah Alam) so jumlah RM550. Selepas buat survey rasa harganya berpatutan tambahan pula warna dah sama dengan tema. Suka sangat. Nampak comel dan sweet. ^_^
I like! ^_^
Hopefully, semuanya baik2 sahaja. InsyaAllah. Ameen.
Untuk lebih lanjut boleh layari sini : http://stazurin.blogspot.com/
Sekian...
Thank You for view! ^_^