Rasanya saya tak dapat juga konon2 nak buat guest book sendiri.. Ada beberapa jenis yang saya berminat tengok. Antaranya.. Yang customized.. maksudnya kita bagi design mereka akan buatkan. Atau kita pilih je design buku yang mereka dah pernah buat. Yang ni dari Candle Light Creative.. amat memenuhi citarasa! ^_^ Harga ni RM150.
Jom tengok! Facebook: https://www.facebook.com/Candlelightcreative
Rating: A+ (nampak kemas dan muka surat banyak ada 100)
Macam corak kad jemputan ni.. Memang cantik.. |
Kalau ikutkan guest book yang saya suka sangat tu yang macam ni, katanya boleh mencecah RM200-RM250.. huhu.. dah mahal sangat pulak..sebab guna banyak material.
Ni pulak dari Muquera Creative. Harga RM170. Saiz besar pulak. A3. Tak berapa minat..
Tapi corak bawah ni suka sebab warna peach dan ada renda..Facebook : https://www.facebook.com/pages/Muquera-Creative/161435043932848
Rating: B- (corak lawa tapi saiz besar A3)
Yang ni dari Kadlawo.. Harga RM90. Muka surat 20 sahaja. Kulit depan boleh tukar. Okay jugak. Guna ikut corak kad jemputan. Hopefully kad jemputan saya cantik! Tengah tunggu... ^_^
Facebook: https://www.facebook.com/kadlawo
Boleh letak gambar.. |
Rating: B (nipis/tak banyak muka surat dan cover kat tepi tu ada skru)
Paling best kat Photomart, boleh letak gambar setiap muka surat. Harga asal RM368.
Sekarang ada promosi 65% boleh dapat RM140+ sahaja. Tapi hari tu dah pernah buat photo book tunang, kualiti gambar tak lah begitu jelas dan sedikit gelap. Rating average lah.
Apa-apa pun saya dah buat keputusan. Tengoklah nanti hasilnya.
Sekian ^_^
No comments:
Post a Comment