Friday, 6 September 2013

Warna Baju Pengantin & 2 Keluarga ~ Majlis Persandingan ~

Bismillah..

Dah lama nak post warna tema baju perkahwinan tapi macam teragak2 sebab nak dapatkan confimation dari semua pihak. Semua warna adalah warna pastel. Buat masa ni adalah warna seperti yang dah semua setuju:

Pasangan Pengantin : Peach

Pihak keluarga Perempuan: Cream/Beige (abah dan mak)
                                        : Mint Green (kakak2 dan abang2 ipar)
Pihak Lelaki : Mint Blue

Kombinasi warna-warna lembut / pastel

Peach
Mint Green

Gabungan Peach  dan Mint Blue
Harap-harap takde perubahan dan nampak menarik nanti. InsyaAllah.

Sekian ^_^

Review Batch Button by SekociNorlie

Bismillah..

Biasa orang akan tempah Batch Button  untuk dipakai oleh wakil-wakil tuan rumah, tapi yang ni berlainan sedikit. Lebih cun dan memenuhi citarasa saya sebab ada renda. ^_^

Harga kalau beli satu mahal RM8 tak silap. Kalau beli banyak baru dapat RM4.50.

Masa saya nak tempah yang ni dah habis :(
 Tinggal yang ni sahaja.. Rendanya yang ni nampak sedikit kasar..


Terbaru yang ni... kena fikir berapa nak beli dan untuk siapa.. huhu


Apa-apa pun memang menarik dan kreatif semua rekaannya. Suka! ^_^
Facebook : https://www.facebook.com/SekociNorlie

Rating: A++ @ 5/5

Sekian ^_^

Tempahan Mekap Nikah & Sanding by Asmarani Bidin

Bismillah..

Beberapa minggu lepas ke rumah saudara belah abah kat Sijangkang. Sepupu saya kahwin. Gara-gara tengok mekap dia buat saya terus jatuh hati. Cantik dan nampak natural. Baru teringat kakak dia, kami panggil Kak Ani seorang jurumekap artis dan juga mak andam. Ni gambar di facebook Kak Ani atau Asmarani Bidin masa kenduri hari tu.

Kak Ani (paling kanan)

Pakcik saya, Wak Bidin (paling kanan)

Boleh tengok dia mekap di facebook Kak Ani atau Kak As (panggilan orang luar).
Facebook : https://www.facebook.com/asmarani.bidin?fref=ts
Nama perniagaan: Asmarani Bridal & Beauty Centre di Sri Andalas, Klang.

Kadar mekapnya bagi saya agak mahal. Terlebih anggaran RM400..
Hmm.. dah mak setuju.. Saya ambik khidmat Kak Ani untuk mekap nikah dan sanding nanti.
Harap-harap puas hati nanti. InsyaAllah.

Rating Hasil Mekap: A++ @ 5/5

Sekian ^_^

Review Guest Book Wedding - Lace & Bergambar

Bismillah..

Rasanya saya tak dapat juga konon2 nak buat guest book sendiri.. Ada beberapa jenis yang saya berminat tengok. Antaranya.. Yang customized.. maksudnya kita bagi design mereka akan buatkan. Atau kita pilih je design buku yang mereka dah pernah buat. Yang ni dari Candle Light Creative.. amat memenuhi citarasa! ^_^ Harga ni RM150.

Jom tengok! Facebook: https://www.facebook.com/Candlelightcreative




Rating: A+ (nampak kemas dan muka surat banyak ada 100)
Macam corak kad jemputan ni.. Memang cantik..

Kalau ikutkan guest book yang saya suka sangat tu yang macam ni, katanya boleh mencecah RM200-RM250.. huhu.. dah mahal sangat pulak..sebab guna banyak material.



Ni pulak dari Muquera Creative. Harga RM170. Saiz besar pulak. A3. Tak berapa minat..
Tapi corak bawah ni suka sebab warna peach dan ada renda..
Facebook : https://www.facebook.com/pages/Muquera-Creative/161435043932848



Rating: B- (corak lawa tapi saiz besar A3)

Yang ni dari Kadlawo.. Harga RM90. Muka surat 20 sahaja. Kulit depan boleh tukar. Okay jugak. Guna ikut corak kad jemputan. Hopefully kad jemputan saya cantik! Tengah tunggu... ^_^


Boleh letak gambar..


Rating: B (nipis/tak banyak muka surat dan cover kat tepi tu ada skru)

Paling best kat Photomart, boleh letak gambar setiap muka surat. Harga asal RM368.
Sekarang ada promosi 65% boleh dapat RM140+ sahaja. Tapi hari tu dah pernah buat photo book tunang, kualiti gambar tak lah begitu jelas dan sedikit gelap. Rating average lah. 

Apa-apa pun saya dah buat keputusan. Tengoklah nanti hasilnya.

Sekian ^_^

Monday, 2 September 2013

Genap 1 Tahun Perkenalan

Bismillah..

Tup tup dah genap setahun hari ni.. 2 September 2013 / Syawal 1434H perkenalan saya dengan tunang, abang Felani bin Mohd Tauhed.

Teringat kenangan dulu masa datang ke rumah makcik dia di Seremban.. Saya pergi dengan Dikna, kawan baik zaman kanak-kanak dulu. Kami masih berhubung lagi sebab masih tinggal di kawasan perumahan yang sama. Hmm kalau Dikna tak teman saya tak akan sampai ke sana, mungkin dah memang takdir perjalanan saya ke Seremban beraya jumpa Sarah dah berjodoh jumpa dengan abangnya, Felani. Sejak tu, dia mula sms saya untuk kenal lebih rapat.. Eeeeeeee.. segann >_^

Alhamdulilah sekarang hubungan kami baik-baik sahaja dan menunggu 4 bulan sebelum nikah Januari depan insyaAllah..Semoga hubungan kami dipermudahkan dan diberkati Allah. Amin ^_^

Teringat gambar MMS pertama tunang bagi dulu
masa mula2 kenal dulu.. hehe

Rupanya ada kenangan sangat manis gambar yang
Dikna amik ni. Perjalanan kami ke Seremban.

Sekian ^_^