Thursday, 10 April 2014

Doa Ibu Hamil / Mengandung & Doa 'Mendidik' Anak Dalam Kandungan

Salam Jumaat !

Hari yang penuh berkah.. Alhamdulilah kita masih hidup dalam keadaan Islam dan sihat.
Lama tak update blog sejak bulan Disember tahun lepas.. hehe.. yelah saya bukan blogger tegar.
Saya lebih selesa berehat, buat kerja-kerja rumah, membaca majalah, buku dan memasak ! Hehe..

Hari ini tergerak hati nak tulis balik.. sebab dah cukup hmm cukup sebulan saya mengandung. Alhamdulilah..
Sampai sekarang sebenar saya masih tak sangka sebab inilah bakal merupakan cucu pertama untuk kedua-dua keluarga saya dan suami nanti.. lagipun saya adalah sedikit 'panik' haha sebab saya belum pernah ada adik kandung dan anak buah selama ini ! 'Tiba-tiba' ada anak! Anugerah Allah. Perancangan Allah sangat menakjubkan!

Alhamdulilah saya takde morning sickness sangat.. cuma sejak awal2 lagi dah mula ada simptom malas-malas, tiba-tiba pening kepala dan mengantuk.. dan tertidur camtu je..

Kali ni saya nak kongsi satu doa (ambil dari blog orang. TQ) yang biasanya harus diamalkan untuk ibu mengandung.. Kartunnya pun cute.. hehe..

Kepada pembaca yang sedang mengalami seperti saya.. Tahniah ya! ^_^
Jom kita amalkan. Semoga Allah mempermudahkan keadaan kita sepanjang 9 bulan nanti. Amin.





Cara 'mendidik' anak semasa dalam kandungan :


Thank you for reading ^_^

Monday, 30 December 2013

Pelamin Sanding by Shayana Creation

10 Disember 2013

Bismillah..

Hmm hal pelamin ni sebenarnya banyak permasalahannya. Malas nak cerita panjang.
Akhirnya saya dan abah nekad nak ke tempat pelamin ni yang terletak di Kampung Delek, Klang. Selepas hampir sejam lebih baru jumpa dan selamat sampai. Kami bayar lagi 80% deposit.

Cuma kali ini, saya memilih berbeza sedikit. Ada tambahan bunga juntai di atas pelamin. Hehe.. maka kena tambah dit sikit juga. Huhu.. Tapi memang sukalah! Hee.. ^_^

Saiz besar macam ni..

.. dengan simpulan langsir dan konsep warna lebih kurang sama iaitu peach dan off white

walkaway yang saya pilih ialah sangkar burung manakala pintu gerbang
sama seperti di gambar iaitu ada bunga berjuntai

Sekian.

Pilihan Dulang Hantaran by whatalovelywedding

29 Disember 2013 (Ahad)

Bismillah..

Baru kali ini berkesempatan untuk berjumpa dengan Kak Fatin bagi membincangkan hal barang hantaran dan dulang. Saya dan mak berjumpa dengannya di SACC, Shah Alam sempena Karnival Perkahwinan 27-29 Disember 2013 di sana.

Saya pilih dulang untuk barangan perempuan macam ni..


Tema warna bunga segar : peach, off white & champange

Untuk dulang barangan lelaki ..


Tema warna bunga segar : mint, lemon & beige

Disebabkan tunang duduk jauh di Johor dan tiada masa nak balik senang cerita banyak perkara saya yang tentukan termasuk bentuk dulang dan warna bunga. Huhu..

Dulang berbalas 5 dan 7.

Sekian.

Guest Book by Candlelightcreative

14 Disember 2013

Bismilllah..

Alhamdulilah.. walaupun dapat guest book yang saya rasa hmm.. agak jauh sikit dari tema sebab ada unsur vintage  tapi lama-lama tengok memang lawa. Alhamdulilah. ^_^

Tema buku ni ikut tema majlis saya iaitu Peach, Off White dan Mint Green. Ada unsur lace.

Saya tempah dari https://www.facebook.com/Candlelightcreative






Sekian.

Bunga Tangan Sanding by Fleur

29 Disember 2013 (Ahad)

Bismillah..

Tak sangka dapat juga semalam bunga tangan sanding!

Saya tempah bunga tangan dari https://www.facebook.com/fleur.my.
Orang yang membuat tu namanya Ayu, muka seiras Zizie Ezete.. hehe. Dia sanggup datang dari Seri Kembangan ke Damansara untuk hantar bunga ni sebab majlis saya dah nak dekat. Kalau hantar melalui pos, takut sampai lambat. Katanya.. huhu prihatin sungguh. ^_^


Ni rujukan bunga tangan yang saya tunjuk pada dia untuk buat. Gambar asal dari google..


Bunga tangan ni memang berat sebab ada lima jenis kerongsang besar. Huhu tak tahu macam mana nak bertahan pegang nanti masa masuk dewan dan bergambar.. Huhu..

Walaubagaimanapun, saya sangat puas hati. Yeayy ^_^ Alhamdulilah.

Sekian.

Baju Sanding by Designature @ Seni Jari @ Kak Majee

29 Disember 2013 (Ahad)

Bismillah..

Alhamdulilah semalam pergi ke kedai Kak Majee (Designature) kat Alam Sentral, Shah Alam. Ingat nak cuba fitting untuk kali ke-2, tapi akhirnya ambil terus sebab baju dah hampir siap. Sementara menunggu Kak Majee jahit manik-manik, saya dan mak pergi makan tengahari.

Alhamdulilah! Sangat puas hati ^_^
Warna baju : Peach & Off White





Untuk pengetahuan semua, kedai Kak Majee atau Designature ni menyediakan perkhidmatan membuat pakaian pengantin, inai dan mekap.

Gambar baju sanding saya di tengah-tengah tu.. hehe ^_^

Saturday, 16 November 2013

Rekaan Kad Kahwin

Alhamdulilah.. alhamdulilah..

Akhirnya pada 13 November 2013, saya menerima kad kahwin saya yang direka khas oleh seorang kawan. Mula mengenali dia sejak saya menerima tawaran bekerja di sebuah syarikat usahawan bumiputera pada awal bulan September di Taman Tun Dr. Ismail, K.L. sejurus selepas saya tamat pengajian di UKM pada bulan Ogos lalu.

Ada banyak hikmah Allah menggerakkan hati saya untuk memohon rezeki di sini, selain banyak mengenali orang-orang yang mahir dalam pelbagai bidang, memperoleh ilmu berkaitan latihan, coaching, accelerated learning serta banyak soft skills yang dapat saya perbaiki dan pelajari. Saya juga dipertemukan rupa-rupanya dengan 'bakal' pereka kad kahwin saya.. semuanya secara kebetulan. Pada asalnya, saya mengadu kepadanya tentang permasalahan saya yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan Kad Kahwin Borong & Murah Nibong Tebal https://www.facebook.com/pages/Kad-Kahwin-Borong-Murah-Parit-Buntar-Nibong-Tebal-Sekitar-Utara/321525854542480 (mungkin nasib saya sahaja yang kurang baik di tempat ni)  yang memberikan saya artwork cincai  dengan maklumat yang salah.. hmm letih saya jelaskan apa yang saya nak, siap bagi lampiran lagi dengan membuat bayaran RM250. Berikutan dari itu, saya rugi RM50 sebab tak nak teruskan. Kiranya itu harga artwork yang cincai tu. Hmm.. terima jelah. ~ Sabar ~ Relax ~

Apa pun, apabila saya memikirkan semula. Ini semua memang dah takdir. Kejadian tersebut hanyalah sebab musabab (punca akibat) untuk perkara sekarang ini berlaku.

Untuk rekaan kad kahwin ni saya menerangkan kepada Lan bahawa saya nak ianya dibuat berdasarkan warna tema perkahwinan saya iaitu light salmon, white & green mint. Jadi hanya warna-warna itu sahaja yang terdapat di dalam kad ini kecuali warna hitam untuk peta lokasi. Reka bentuk adalah berunsurkan English. Ternyata usaha Lan dipermudahkan Allah dan mampu merealisasikan maksud saya. Sekali lagi, memanglah takdir kad saya dibuat melalui rekaan Lan. Alhamdulilah. Terima kasih Lan.  ^_^

*Gambar mungkin tak berapa jelas kerana hanya menggunakan kamera telefon. 




Disebabkan tulisan saya yang macam 'doktor', maka saya mengambil keputusan untuk menaip dan mencetaknya.
Tulisan warna hijau. Kertas sedia ada kat bilik ni warna peach.. Sesuai sangat! ^_^



Kad pertama yang siap adalah untuk bekas majikan saya, Encik Amiruddin Bin Abdul Shukur. 
Pilih secara random je.. Hehe..






Sekian.. ^_^