Akhirnya pada 13 November 2013, saya menerima kad kahwin saya yang direka khas oleh seorang kawan. Mula mengenali dia sejak saya menerima tawaran bekerja di sebuah syarikat usahawan bumiputera pada awal bulan September di Taman Tun Dr. Ismail, K.L. sejurus selepas saya tamat pengajian di UKM pada bulan Ogos lalu.
Ada banyak hikmah Allah menggerakkan hati saya untuk memohon rezeki di sini, selain banyak mengenali orang-orang yang mahir dalam pelbagai bidang, memperoleh ilmu berkaitan latihan, coaching, accelerated learning serta banyak soft skills yang dapat saya perbaiki dan pelajari. Saya juga dipertemukan rupa-rupanya dengan 'bakal' pereka kad kahwin saya.. semuanya secara kebetulan. Pada asalnya, saya mengadu kepadanya tentang permasalahan saya yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan Kad Kahwin Borong & Murah Nibong Tebal https://www.facebook.com/pages/Kad-Kahwin-Borong-Murah-Parit-Buntar-Nibong-Tebal-Sekitar-Utara/321525854542480 (mungkin nasib saya sahaja yang kurang baik di tempat ni) yang memberikan saya artwork cincai dengan maklumat yang salah.. hmm letih saya jelaskan apa yang saya nak, siap bagi lampiran lagi dengan membuat bayaran RM250. Berikutan dari itu, saya rugi RM50 sebab tak nak teruskan. Kiranya itu harga artwork yang cincai tu. Hmm.. terima jelah. ~ Sabar ~ Relax ~
Apa pun, apabila saya memikirkan semula. Ini semua memang dah takdir. Kejadian tersebut hanyalah sebab musabab (punca akibat) untuk perkara sekarang ini berlaku.
Untuk rekaan kad kahwin ni saya menerangkan kepada Lan bahawa saya nak ianya dibuat berdasarkan warna tema perkahwinan saya iaitu light salmon, white & green mint. Jadi hanya warna-warna itu sahaja yang terdapat di dalam kad ini kecuali warna hitam untuk peta lokasi. Reka bentuk adalah berunsurkan English. Ternyata usaha Lan dipermudahkan Allah dan mampu merealisasikan maksud saya. Sekali lagi, memanglah takdir kad saya dibuat melalui rekaan Lan. Alhamdulilah. Terima kasih Lan. ^_^
*Gambar mungkin tak berapa jelas kerana hanya menggunakan kamera telefon.
Disebabkan tulisan saya yang macam 'doktor', maka saya mengambil keputusan untuk menaip dan mencetaknya.
Tulisan warna hijau. Kertas sedia ada kat bilik ni warna peach.. Sesuai sangat! ^_^
Kad pertama yang siap adalah untuk bekas majikan saya, Encik Amiruddin Bin Abdul Shukur.
Pilih secara random je.. Hehe..
Sekian.. ^_^